Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Harus Membunuh Orang Yang Membatalkan Perjanjian Serta Boleh Menyerahkan Keputusan Kepada Seorang Yang Adil Dan Ahli Hukum
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Orang-orang Quraizah telah mengarahkan supaya Saad bin Muaz memutuskan hukuman. Lalu Rasulullah s.a.w menghantar utusan kepada Saad supaya datang menghadap baginda. Maka Saad pun menemui Rasulullah s.a.w dengan menunggang seekor keldai. Ketika beliau tiba di pintu masjid, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kaum Ansar: Berdirilah kamu untuk menghormati pemimpin kamu atau orang yang terbaik di antara kamu. Kemudian Nabi s.a.w bersabda kepada Saad: Sesungguhnya mereka semua menyerahkan supaya kamu memutuskan hukuman ke atas mereka. Saad berkata: Kamu bunuhlah orang yang memusuhi kamu serta menawan anak cucu mereka. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Jalankanlah hukuman berdasarkan hukum Allah Yang Maha Kuasa. Ibnu Al-Musanna tidak menyebut kalimat Yang Maha Kuasa.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Semasa peperangan Khandak Saad telah mengalami kecederaan kerana dipanah oleh tentera Quraisy yang bernama Ibnu Al-Ariqah. Panahan tersebut terkena pada urat nadinya. Oleh itu Rasulullah s.a.w mendirikan sebuah khemah yang berhampiran dengan masjid untuk memudahkan baginda menziarahinya. Setelah pulang dari Khandak, Rasulullah s.a.w meletakkan senjatanya. Setelah selesai mandi baginda didatangi oleh Jibril yang turut membersihkan kepalanya dari debu. Jibril berkata: Kamu sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kita tidak boleh meletakkan senjata. Keluarlah kepada mereka. Rasulullah s.a.w bertanya: Ke mana? Jibril memberikan isyarat ke arah Bani Quraizah. Rasulullah s.a.w lalu memerangi mereka. Kemudian mereka menyerah untuk dihukum oleh Rasulullah s.a.w, tetapi baginda menyerahkan supaya hukuman tersebut diputuskan oleh Saad. Lalu Saad berkata: Sesungguhnya aku memutuskan supaya membunuh mereka yang turut berperang dan menawan anak-anak cucu juga wanita-wanita mereka dan mengagihkan harta benda mereka..info
webmaster@mymasjid.net.my