Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Mengusir Orang Orang Yahudi Dari Hijaz
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Ketika kami sedang berada di dalam masjid, tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang kepada kami. Lalu baginda bersabda: Mari kita berangkat menemui orang-orang Yahudi. Maka kami bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w berangkat sehingga kamipun sampai kepada mereka. Maka Rasulullah s.a.w pun berseru: Wahai orang-orang Yahudi masuklah Islam nanti kamu akan mendapat keamanan. Orang-orang Yahudi menjawab: Itu sudah kamu sampaikan wahai Abu Al-Qasim. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pengakuan itulah yang aku inginkan. Masuklah Islam nanti kamu akan aman. Sekali lagi orang-orang Yahudi menjawab: Itu sudah kamu sampaikan wahai Abu Al-Qasim. Buat kali yang ketiganya Rasulullah s.a.w menyeru kepada mereka: Masuklah Islam nanti kamu akan aman. Ketahuilah, sesungguhnya bumi itu hanyalah milik Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya aku ingin mengusir kamu dari bumi ini. Sesiapa di antara kamu mendapatkan sedikit harta hendaklah dia menjualnya. Kalau tidak, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya bumi ini hanya milik Allah dan Rasul-Nya.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya kaum Yahudi Bani Nadir dan Bani Quraizah telah memusuhi Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w telah mengusir Bani Nadir dan membiarkan Bani Quraizah. Selepas itu Bani Quraizah telah berani memerangi Rasulullah s.a.w secara terbuka. Maka orang-orang Islam telah membunuh tokoh-tokoh (pembesar-pembesar) mereka. Manakala wanita-wanita serta anak-anak dan harta benda mereka dibahagi-bahagikan kepada orang-orang Muslimin kecuali mereka yang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda pun melindungi mereka. Rasulullah s.a.w juga mengusir orang-orang Yahudi Madinah seluruhnya iaitu Bani Qainuqa' mereka adalah satu kaum serta Yahudi Bani Harithah dan setiap orang Yahudi yang berada di Madinah.info
webmaster@mymasjid.net.my