Risalah Fikir (281) Nilai Seorang Baakin

Oleh Ustaz Jalil, 29-Jul-2002 02:51:27

Mari mengenali salah seorang drp cicit Sayyidinaa 'Ali r.a.Beliau ialah ABUUJA'FAR MUHAMMAD BIN 'ALI BIN AL-HUSAIN BIN 'ALI BIN ABII TOOLIB a.s. Ibunnyaadalah UMMU 'ABDILLAAH BINTI AL-HASAN BIN 'ALI BIN ABII TOOLIB a.s. Dan anak2nyapula adalah JA'FAR dan 'ABDULLOOH (ibu keduanya adalah Ummu FARWAH BINTI AL-QOOSIMBIN MUHAMMAD BIN ABII/ABUU BAKAR AS- SIDDIIQ r.a.) dan IBROOHIIM dan 'ALI danZAINAB dan UMMU SALAMAH.

Renungkan sejenak..... sebelah Al-Hasan r.a. dan Al-Husain r.a. kedua2nyasekali, Abu Ja'far Muhammad merupakan cicit Rosuululloh saw !! Dan isterinyapula adalah merupakan cicit Sayyidinaa Abu Bakar r.a. Betapa bertuahnya beliaur.a. ! Keturunan yang penuh dgn kemuliaan dan diberkati...... [Kita pulabagaimana ?]

Kali ini mari kita sama2 berusha untuk menghayati suatu keterangan drp beliaur.a., iaitu :

Dan drp Khoolid bin Abii Al-Haitham roh.a., drp Abuu Ja'far Muhammad bin 'Alibin Al-Husain a.s., katanya (mafhuumnya) :

TELAH TIDAK BERCUCURAN SUATU MATA ITU DENGAN AIR MATANYA MELAINKAN ALLOOH SWTTELAH MENGHAROMKAN (MENGHALANG) WAJAH TUANNYA (SI YANG MENANGIS ITU)KE ATAS APINERAKA. SEANDAINYA AIRMATA ITU TELAH MENGALIR / MELELEH KEATAS KEDUA PIPI(NYA),MAKA SUATU QOTAR (KEKURANGAN) PUN DAN SUATU DZILLAH (KEHINAAN) PUN TIDAKMEMBEBANI AKAN WAJAHNYA. DAN TIDAK ADA SESUATU PUN MELAINKAN ADA BAGINYA JAZAA`(GANJARAN/UPAH/BALASAN) KECUALI AD-DAM'AH (SETETES AIR MATA), MAKA SESUNGGUHNYAALLOOH SWT MENGKAFARATKAN DENGAN SETETES AIR MATA ITU (MENJADIKANNYA SEBAGAIKAFFAAROH) AKAN LAUTAN-LAUTAN DOSA. DAN SEANDAINYA ADA SEORANG BAAKIN (SEORANGYG MENANGIS) TELAH MENANGIS PADA (DIKALANGAN) UMMATNYA, NESCAYA ALLOOH SWTMENGHAROMKAN (MENCEGAH) UMMAT ITU DARIPADA API NERAKA !!!

Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman109.

BAAKIN berma'na ORANG YG MENANGIS. Dan sudah tentulah menangis ygdimaqsuudkan dalam konteks penerangan di atas adalah MENANGIS KERANA TAKUTKANALLOOH (MIN KHOSY-YATILLAAH), menangis bila mengenang dosa2 yg lalu dgn penuhpenyesalan dan takut untuk berdepan dengan Allooh swt lantaran penuh bergelimangdgn dosa2 yg banyak itu, menangis (kerana takut kpd Allooh swt) bila memikirkandiri ini jauh daripada tuntutan2 dan kehendak2 agama yang berhubungan dgn dirisendiri, keluarga, jiran2, sahabat2, kenalan dan semua ummat Rosuululloohsaw......

Bayangkan....jika ada SEORANG BAAKIN sahaja dalam satu2 ummat (ummat/ra'yat/bangsa/tanahair/kelompok/dsbnya), maka sudah cukup untuk Allooh swt menyelamatkan ummat itudrp api neraka ! Begitulah mengikut keterangan Abu Ja'far Muhammad r.a. di atas....Tapi harus diingatkan, bukan baakin yg biasa2...tapi baakin kerana takutkanAllooh swt . Seseorang itu bisa mudah menangis bila mengenangkan anak atau ibuyang jauh dikampung (dsbnya), tapi belum tentu boleh menangis kerana takut kpdAllooh swt !

Disini kita benar2 bisa merasa betapa tingginya nilai setetes air mata ygkeluar lantaran takutkan Allooh swt. Betapa tingginya nilai baakin tersebut,sehinggakan ummat yang mana dia berada di dalamnya bisa diselamatkan drp apineraka (dgn idzin Allooh swt).

Timbul persoalan : (1) Masih wujudkah lagi individu2 mu`min yg bisa menjadibaakin sedemikian rupa dalam mana2 ummat ini ? Atau telah tidak wujud ? Ataubagaimana kata antum yg budiman ?

(2) Masihkah ada universiti2/pusat2 pengajian/madrasah2/sekolah2/ pesantren2/masjid2/Badan2 Islam/dsbnya [UPPMSPMBI dsbnya] yg bisa mengeluarkan paragraduan-nya sebagai orang2 yg berjiwa baakin itu ? Atau hanya mengeluarkangraduan2 yg memiliki ilmu semata2 ? Atau apa kata antum ?

(3) Adakah mereka yg memegang amanah dalam mengendalikan UPPMSPMBI dsbnya itumemikirkan bagaimana menghasilkan para graduan yg berjiwa baakin (bisa menjadibaakin2 /para bukaah) ? Atau tidak terlintas kearah ini ? Atau bagaimana kataantum yg budiman ?

Semoga penjelasan drp Abuu Ja'far Muhammad r.a. itu benar2 menjadi panduanbuat kita semua .... Dan semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Dan menjadiSEORANG BAAKIN (atau AL-BAAKII) adalah diantara wawasan kita.... Walloohu A'lam.Wassalaamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] IGHROUROQO : telah bercucuran.

[2] IGHROUROQOT AL-'AIN : (air)matanya telah bercucuran.

[3] BAHR : laut/lautan. kj : ABHUR, BUHUUR, BIHAAR.

[4] KHOTII-AH : dosa, kejahatan, kesalahan. kj: KHOTII-AAT, KHOTOOYAA.

[5] BUHUUR AL-KHOTOOYAA : lautan2 dosa.

[6] BAAKIN, AL-BAAKII : orang yg menangis.

[7] BUKAAH : para baakin. BUKAAH adalah katajama' dari BAAKIN.

[8] BAAKIYAH / BAAKIAH : orang yg menangis (perempuan),kj : BAAKIYAAT, BAWAAK.

Please login or register to leave a comment.

Aktiviti Pengguna