Masjid Batu Uban

Butiran Masjid Batu Uban Edit
Nama : Masjid Batu Uban
Status : Masjid
Daerah : Sungai Dua/Gelugor
Negeri : Pulau Pinang
Lain-lain maklumat : Masjid Batu Uban telah diasaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saleh yang digelar Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Maharaja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang. Beliau berhijrah dari Minangkabau. Nakhoda Nan Intan berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Pagar Ruyung, Sumatera. Nakhoda Nan Intan diketahui telah datang ke Pulau Pinang bersama tiga buah bahtera. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan.
Peta Lokasi Plot Enter Coordinates
Foto Masjid

oleh azrul alwi

tambah foto
Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my