Petunjuk Rasulullah Pilih Calon Isteri

Oleh Dr_IT
26-Mar-2003 14:04
sume...

Petunjuk Rasulullah pilih calon isteri

SELAIN kuat pegangan agama, cantik dan berharta, Rasulullah saw memberi petunjuk mengenai wanita yang baik untuk dijadikan isteri.

Di antaranya subur, sihat dan masih dara. Ini terbukti menerusi dua hadis seperti berikut:

Diriwayatkan daripada Jabir: Sesungguhnya Rasulullah ada menyatakan kepadanya: Wahai Jabir, Adakah engkau kahwin dengan anak dara atau janda? Jawab Jabir: Saya berkahwin dengan janda.

Baginda kemudian berkata: Alangkah baiknya jika engkau berkahwin dengan anak dara. Engkau dapat menghiburkannya dan dia pula dapat menghiburkan kamu.?

Daripada Makqal bin Yasar diriwayatkan: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah sambil berkata: Saya mendapat seorang perempuan bangsawan dan jelita, tetapi dia tidak beranak. Baikkah saya mengahwininya?

Jawab Nabi: Jangan. Kemudian lelaki itu datang kali kedua. Baginda melarangnya lagi. Lelaki itu tidak puas hati lalu datang kali ketiga. Nabi bersabda: Kahwinilah perempuan yang pengasih lagi kerap beranak.?


** Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam **
Sent to myMasjid eGroups: 3/26/2003 2:04:28 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 3/26/2003 2:04:28 PM
Sent to Utusan_rasul eGroups: 3/26/2003 2:04:28 PM

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my