Perihal Zina Dan Batas Tulisan Pertama

Oleh Pelajar Seumur Hidup
12-Feb-2003 11:12
-DARI HIRA MAIL ARCHIVE-

Assalamu'alaikum wbt..

ikhwah wal akhawat yg dikasihi sekalian.. Semoga sentiasa istiqamah di atas landasan keimanan ad-din tercinta..

"Wa La Taqrabuz Zina.."
Ana nak kongsi sedikit pengetahuan yang ana rasa ramai antara kita yang masih jahil mengenai satu istilah kemaksiatan iaitu ZINA.. Baru-baru ini, dalam kelas.. ada seorang ustazah memberitahu bahawa zina pada hari ini merupakan satu dosa lazim yang ramai di antara kita telah melakukannya tanpa disedari..

Ehem.. ana rasa dengan usia yang semakin meningkat ni, tak salah ana katakan bahawa ramai antara kita yang mula atau telah mencuba untuk merasai nikmat berpasangan atau dengan kata yang lebih jelas lagi berkasih sayang sesama 'teman' yang berlainan jantina.. Bagi yang berkenalan melalui chatting misalnya, bila dah lama menjalinkan hubungan, teringin pula rasa di hati nak tengok muka.. jadi, ada yang minta gambarlah, ada yang berjumpa la..etc..

Dalam konteks zina ni, ustazah tu kata, bila kita (banat terutamanya) bagi gambar kpd org lelaki.... kita secara tidak langsung telah menghalalkan zina dalam hidup kita.. selama ini kita hanya tahu tentang zina secara fizikal dan mata.. tapi, ramai antara kita yang tidak tahu bahawa terdapat juga zina hati dan perasaan.. bila si lelaki tengok gambar perempuan tu, macam-macam pulak terbayang.. macamana rambutnya, macamana bentuk tubuh badannya.. sehinggakan ada yang melebihi had itu.. semua ini telah membawa kepada zina hati terutama bila ada yang berfikir tentang sesuatu yang mengghairahkan.. Jadi, resolusinya... elakkan bagi gambar.. berbual di telefon.. etc yang mungkin boleh mencairkan hati mana-mana pihak.. ehehe..

Seterusnya, kalau tadi kesalahan banyak disandarkan pada pihak yang pakai seluar panjang (lelaki), sekarang ni yg pakai tudung nih.. Kalau cakap perempuan, rasanya majoriti suka baca novel.. baca novel pulak, tak sah kalau tak de yang berjiwang... semua dihidangkan dengan mee cintan.. aaaa, ni lagi satu jenis zina.. zina hati gak.. kengkadang tu dan bace cerita pasal hal bilik tidur, ada pulak yang terbayang benda lain.. benda yg mengghairahkan juga... kan ke elok kalau gi isi masa tu dengan baca kisah para sahabiah ke.. STUDY keeeee...

Sebenarnya, apa yang ana nak simpulkan.. semua tu ZINAAA!!! tengok gambar perempuan (minah saleh) yg x tutup aurat tu pun ZINA!!!! ada keinginan syahwat kepada seseorang lelaki atau perempuan pun ZINAA... baca novel yang x brape ditapis tu pun ZINA... Jadi, ana seru pada semua orang.. terutama bagi yang agaknya dah tak ingat kat SPM... asyik pike nak kahwin agaknya... Saranan dr sorang ustazah tue.. kalaulah rasa-rasa macam si dia tu dah jadi jodoh kita, solat Istikharah bebanyak.... Insya-Allah, kalau tu jodoh, Allah cantikkan wajahnya.. cantikkan akhlaknya... Tak payah la tengok gambar... Insya-Allah bahagia dunia akhirat.. ekonomi pun selamat.. ehehhe, takde kes nak berpoligami.. :)...

OK la, tu je la dr ana yang serba kekurangan nih... tak pandai nak bertazkirah.. sekadar nak beri peringatan pada diri nih.. Segala yg kurang datangnya dr ana, yg baik tu dr Allah Rabbul 'Alamin..

Ilal Liqa' Qariib..


~Anti-SemitiC, ILTIZAM 2003~


:Siapa yg dikehendaki ALLAH kebaikan, nescaya ia akan di beri kefahaman mengenai agama:

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my