Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
03-Feb-2003 14:19
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Di antara tanda-tanda kesempurnaan iman adalah sentiasa bercakap dengan percakapan yang baik atau diam.
2- Dorongan supaya memuliakan jiran tetangga dan tetamu.
3- Iman mempunyai kesan dan hasil yang membuktikan kesempurnaannya seperti berbuat baik terhadap jiran tetangga, bercakap dengan percakapan yang baik, bersifat mulia dan sebagainya.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my