Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
30-Jan-2003 11:32
Diriwayatkan daripada Barzah al-Aslamiy katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan bergerak kaki seseorang itu (di hari kiamat kelak), sehinggalah dia ditanya tentang umurnya, ke manakah ia dihabiskan. Tentang ilmunya, bagaimanakah dia menggunakannya. Tentang hartanya, dari manakah ia diperolehi dan untuk apakah ia dibelanjakan dan tentang tubuhnya, untuk apakah ia digunakan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya menghabiskan umur dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh Allah s.w.t dan ikhlas dalam melakukan amalan.
2- Galakan supaya mencari harta melalui cara yang betul supaya harta tersebut menjadi harta yang halal dan ia dapat dibelanjakan untuk kebaikan.
3- Dorongan supaya menjaga tubuh badan dengan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan menggunakannya untuk melakukan perkara-perkara yang diredai oleh Allah s.w.t.
4- Seseorang manusia digalakan supaya mencari ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dengan ikhlas kepada Allah s.w.t, supaya berguna untuk dirinya sendiri dan orang lain.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my