Anugerah
terlalu benar untuk dinafi
terlalu besar untuk dimungkiri
rindu ini kupanjat ke langit
kasih ini kutancap kebumi
pada kerajaanMu
pada kehadiranMu
selamanya buta
yang tidak kagum
selamanya mati
yang tidak cium
selamanya kufur
yang tidak syukur
selamanya kalut
yang tidak sujud
terlalu kerdil untuk menakat suara
terlalu kecil untuk mengangkat muka
nafas ini adalah anugerah Mu
indera ini adalah hidayah Mu
asmin
keredhaan Ilahi cita cita dihati..