Wara '

Oleh ira
23-Nov-2002 06:04
Setiap muslim seharusnya memiliki akhlaq Islam. Antaranya ialah bersifat wara'.

Sifat wara' dimiliki oleh setiap orang bertaqwa.
Wara' (berhati-hati) bermakna bukan sahaja menjaga diri daripada perbuatan2 haram malah sehingga menjauhi perbuatan2 mubah (harus) kerana dikhuatiri ia akan membawa kepada pekara yang haram. Dalam keadaan sekarang, wara' termasuk dalam akhlak Islam yg jarang2 dijumpai. Ramai umat Islam tidak berhati2 dalam aktiviti (amalan) dan penghasilannya - apakah ianya halal dan haram.

Seseorang yang sentiasa merasa selalu diawasi olah Allah swt dan apa yang dilakukannya akan sentiasa dicatat oleh Malaikat, maka ia akan membentuk sifat wara' dalam kehidupannya.

Dari an-Numan bin Basyir, Rasullulah saw bersabda: "Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, di antara keduanya ada hal yang tidak jelas, di antara keduanya ada hal yg jelas (syubahat/meragukan samada ia halal atau haram) yg kebanyakan manusia tidak tahu. Maka sesiapa yang menjauhi dirinya dari syubhat itu, ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melakukan perkara yang syubhat maka ia telah jatuh ke dalam pekara haram.

Pengembala di sekeliling tanah larangan milik orang, lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah larangan Allah adalah apa apa yg diharamkannya."

Bagi seseorang muslim untuk mencapai tingkat muttaqin (orang2 yg bertakwa), ia mestilah memiliki sifat wara'.

Dari Atiyah bin Urwah as-Shobahy, bersabda Rasullulah saw: "Seorang hamba tidak akan sampai pada darjat muttaqin sehingga meninggalkan sesuatu yg mubah (harus) kerana takut pada yg haram"(HR at-Tirmizi)

Dan dari Wabishah binti Ma'bad berkata: Aku datang kepada Rasullulah saw maka baginda berkata: "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?" Aku menjawab: "Benar". Baginda bersabda "Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah sesuatu yang mententeramkan hati dan jiwa. Dan dosa itu ialah apa apa yang syak dalam jiwa dan ragu ragu di dalam hati, walaupun orang orang memberikan fatwa kepadamu dan membenarkannya." (HR Ahmad dan ad-Darimi)

Sikap wara' para sahabat patut dicontohi oleh kita semua. Abu Bakar as Siddiq misalnya pada satu malam telah diberi makan oleh budaknya tetapi setelah dimakannya makanan itu, budak itu memberitahunya bahawa makanan itu adalah hasil dari perdukunannya di zaman jahilliyah dahulu. Abu Bakar berkata "Kau hampir saja membinasakanku" Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam kerongkong untuk mengeluarkan semua makanan yang telah dimakannya dan berkata "Kalau makanan itu semua tidak keluar kecuali dengan roh (mati) maka saya akan paksa makanan itu keluar. Ini kerana saya mendengar Rasullulah saw bersabda: Setiap isi badan yang terhasil dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih baik baginya."

Demikianlah bagaimana para sahabat menjaga perintah dan menjauhi larangan Allah dengan begitu berhati hati sekali. Mereka takut kepada Allah samada di waktu terang atau bersendirian. Sifat wara' ini mesti dimiliki oleh kita dalam menjaga hubungan di antara kita dengan Allah azza wajalla.


Source: HizbiNet

sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my