Awas Jagalah Lidahmu

Oleh nur
19-Nov-2002 23:15

Telah berfirman Allah swt :

"Hai anak Adam! Jangan engkau laknat segala makhluk-Ku kerana nanti laknat itu akan kembali ke atas kamu. Oleh itu, jangan kamu katakan:"Si Fulan itu laknat Allah!" atau Binatang ini dilaknat Allah!" yakni dijauhkan dari rahmat Allah."

"Hai anak Adam! Lihatlah berdirinya tujuh petala langit di dalam hawa (angkasa raya) iaitu dalam lapangan yang kosong dengan tiada tiang. Ia berdiri teguh hanya dengan satu nama daripada nama-nama-Ku. Bandingkan dengan hatimu yang satu itu, tetap ia tiada lurus (betul) , walaupun dengan seribu pengajaran daripada kitab-kitab-Ku."

"Hai segala manusia! Keras sungguh hatimu. Ia bagaikan batu yang terendam di dalam air (tetap tiada lembut dan berubah). Sebab itulah tiada memberi bekas pengajaran dari-Ku pada hatimu."

"Hai anak Adam! Kenapa kamu naik saksi bahawasanya kamu hamba Allah TETAPI kemudiannya kamu derhaka pada-Nya. Dan kenapa kamu dakwa bahawasanya mati itu benar (akan terjadi pada kamu) sedangkan kamu membencinya. Dan kamu katakan dengan lidah kamu apa sahaja sekehendak hati kamu, semua ini kamu sangkakan kecil. Akan TETAPI pada sisi Allah taala ianya adalah amat besar."
Nabi Muhammad saw bersabda :
"Kalaulah aku boleh mengambil seorang menjadi kekasihku, nescaya aku memilih Abu Bakar. Tetapi sebenarnya aku lebih mencintai Allah yang Maha Tinggi."

-Petikan Hadis Qudsi dari Kitab Mau'izatul Badi'ah- dari : Al-Munir

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my