Rahsia Suratun Naas

Oleh Anak Melaka
12-Nov-2002 18:47
RAHSIA SURATUN NAAS
rahsia disebalik suratun naas

bismillahirrahmanirrahim

dengan nama Allah yang maha pemurah yang maha pengasihani

(segala sesuatu bermula) dengan (isim) nama Allah yang maha pemurah yang maha pengasihani.

kemurahan dan kasihannya pada makhluk menyebabkan segala penciptaan teratur berdasarkan sunnatullah bagi kerukunan pengabdian sekelian makhluk kepadanya.

qul au'zu bi rabbin naas

katakanlah aku berlindung dengan tuhan sekelian annaas

perintah mengakui dan menyampaikan agar individu itu sendiri seterusnya perintah penyampaian kepada sekelian ummah berlindung dengan Tuhan pusat kekuasaan sejagat menerusi kepatuhan terhadap perintah dan larangannya..

Maalikin naas

Penguasa sekelian annaas

fakta dan penjelasan betapa sekelian annaas iaitu makhluk mukallaf yang terpikul beban syariat ke atas diri mereka menyedari betapa jagat raya ini di kuasai dan dikawal baik oleh yang maha berkuasa dan dialah penguasa sebenar kehidupan kita.

Ilahin naas

Sembahan sekelian annaas

isyarat menyempurnakan tanggungjawab pengabdian sesungguhnya kepada yang selayaknya disembah dan diikuti perintah dan larangannya iaitu allah tempat kembalinya sekelian makhluk.

min sharril waswasil khannaas

dari keburukkan hasutan ( propaganda jahat) alkhannaas (sekelian provokator yang terselindung )

kewaspadaan harus diambil berat terhadap golongan alkhannaas iaitu suatu golongan yang terselindung di belakang tabir dengan agenda licik melemahkan keimanan umat Islam sama ada tipu daya syaitan dan juga tipu daya manusia dari golongan munafik atau orientalis kafir.

alkhannaas juga golongan yang kelihatan seperti pemimpin atau intelek yang jelas kewujudannya tetapi mempunyai niat yang terselindung di sebalik setiap agenda mereka untuk melemahkan keimanan umat Islam.

allazi yuwaswisu fi sudurin naas

golongan penghasut (propaganda jahat) dalam jiwa annaas

diperjelaskan lagi bahawa golongan ini menyemai propaganda dan pelbagai tipu muslihat yang harus diwaspadai setiap masa oleh umat islam.

hasutan dan propaganda dalam media dan ucapan mereka serta tulisan mereka yang bercanggah dengan syariat Ilahi.

minal jinnati wan naas

daripada sekelian jin dan sekelian manusia.

mereka ini wujud dari kalangan jin: (jin yang dimaksudkan merupakan suatu golongan makhluk mukallaf yang dibebani dengan tanggungjawab beragama dan tersembunyi dari pandangan zahir manusia, atau berjasad manusia tetapi berhati syaitan seumpama syaitan bertopeng manusia atau tinggalan tahyul di balik lipatan sejarah purba)

dari kalangan aljin:

jin (golongan tak terlihat) dari alam ghaib:

seperti iblis,syaitan dan kuncu-kuncunya yang memusuhi anak adam sehingga hari kiamat.

jin (golongan tak terlihat) dari kalangan umat terdahulu:

seperti kaum manusia purba yang telah pupus atau lenyap kerana kedurhakaan mereka kepada Allah seperti:

kaum firaun:

mereka meninggalkan suatu budaya dan kepercayaan tahyul. mengkaji sejarah kaum ini tanpa berpandukan alQuran akan menjadikan kita percaya pada pelbagai bentuk kepercayaan yang bercanggah dengan keimanan kepada Allah.

antara keburukkannya ialah mempercayai tempat tersebut keramat, mengadakan pesta untuk promosi pelancongan dan kebudayaan yang bercanggah ajaran islam di kawasan tersebut.

menyebarkan risalah ketamadunan yang lari dari landasan islam mengenai tinggalan kaum tersebut.

lain-lain tempat di negara islam seperti candi borobudur di indonesia. kegagalan kerajaan indonesia membersihkan tempat ini dari kesinambungan budaya khurafat amat berbahaya pada keimanan umat islam indonesia.

tinggalan purba ini ada yang terbenam di padang pasir dan di bawah lahar gunung berapi.tetapi orientalis barat yang menjajah negara umat islam telah mencari gali tinggalan ini dan membangunkannya dan amat malang selepas pemergian penjajah monumen kedurhakaan umat terdahulu masih lagi dibela dan diwarisi sebagai medan reakreasi dan pemujaan di negara umat islam.

di malaysia pembangunan semula candi yang telah di timbus oleh umat islam kedah dahulukala setelah memeluk agama islam amat mendukacitakan.

dari kalangan annaas :

makhluk mukallaf yang layak memikul tanggungjawab beragama iaitu setiap yang ada di alam ghaib atau di alam nyata samada spesis jin dan spesis manusia.

tidak kira apa pun bangsa , keturunan dan keadaan rupa jasad atau kewujudan mereka asalkan mereka layak dibebani tanggungjawab memikul beban beragama sekiranya mereka terlibat dengan konspirasi menghenyak keimanan individu dan jemaah hamba Allah ke arah kesesatan kita harus berjaga dari tipu muslihat mereka.

nota:

annaas bermaksud sekelian makhluk mukallaf.

apabila disebutkan rabbin naas ianya membawa maksud Tuhan untuk sekelian makhluk yang layak memikul beban agama dari kalangan yang ghaib dan yang berjasad di alam nyata.

Malikinnaas juga membawa maksud penguasaan Allah ke atas sekelian makhluk mukallaf samada manusia atau yang ghaib dari kalangan jin.

Ilahinnaas bukan sahaja sembahan manusia yang berjasad semata tetapi sembahan sekelian makhluk mukalllaf yang bertubuh hologram di alam ghaib atau berjasad di alam nyata..

kesimpulan:

suratun naas juga merupakan pendinding yang kebal dan sering bergandingan dengan suratul falak dalam aurad perlindungan dari bencana dan gangguan musuh.

suratun naas merupakan surah terakhir dalam alquran dan merupakan mangga pintu selepas pintu di kunci oleh surah alfalak. membaca surah ini serentak sumpama mengunci pintu rumah dan menambah mangga pintu sekali.

surah ini menyediakan tiga rahsia keselamatan iaitu :

1: mengakui Allah sebagai tuhan dengan mengikut perintah dan larangannya agar mendapat keselamatan dunia dan akhirat.

2: memberi tambahan kekuatan jiwa dengan menyedari Allah menguasai seluruh pentadbiran jagat raya ini dan tidak perlu ragu keselamatan kita di mana saja selagi berpegang teguh dengan talinya iaitu alQuran dan Sunnah. hidup dalam keimanan atau mati dalam mempertahankan keimanan.

3: diberi keyakinan betapa Allah sahaja layak disembah dan kepadanya kita dikembalikan oleh itu tidak rugi berbuat kebaikkan kerana akhirnya diakhirat segalanya akan dihitung berdasrkan amalan dan terus berjuang tanpa ragu mempertahankan keimanan yang ada.

KEMUDIAN.............

diberi juga isyarat berjaga-jaga dari golongan propagandis, provokator dan tali barut yang tersembunyi di sebalik sifat, munafik, kepimpinan negara yang hipokrasi, pengaruh ajaran dan kepercayaan tahyul tinggalan umat derhaka serta anasir -anasir tak kelihatan dari alam ghaib.

kewujudan anasir subversif ini terdapat dalam bentuk yang kelihatan dan boleh dicari serta dijejakki dan anasir dalam bentuk tinggalan khurafat dalam budaya dan adat resam serta hasutan makhluk halus yang hanya dapat di atasi menerusi kefahaman yang tinggi dalam mendaulatkan syiar islam ke seluruh jiwa dan raga individu serta masyarakat.

maka sebab itulah ayat ini antara yang terkebal dalam mengatasi sekelian gangguan musuh Allah seandainya kita mengikuti segala saranan yang terdapat di dalamnya dengan bersungguh-sungguh.

kesudahan yang baik itu bagi mereka yang bertakwa.

nota tambahan:

RABBIN NAAS = TUHAN IAITU ALLAH SATU-SATUNYA TUHAN YANG ESA UNTUK SEKELIAN ANNAAS.

MAALIKIN NAAS = ALLAH YANG BERKUASA MENGURUSKAN HAL EHWAL SEKELIAN ANNAAS. ALLAH MELIPUTI SEGALA SESUATU.

ILAAHIN NAAS = SEMBAHAN UNTUK SEKELIAN ANNAAS DARINYA KITA DATANG KEPADANYA KITA DIKEMBALIKAN.

ANNAAS = SEKELIAN MAKHLUK MUKALLAF TERMASUK DARI ALAM GHAIB IAITU JIN.

ALJINN = SEKELIAN GOLONGAN YANG TERSEMBUNYI PERMAINAN PROPAGANDANYA SEPERTI MUNAFIK DAN SYAITAN BESERTA KUNCUNYA DI SEBALIK TABIR GHAIB.

ALKHANNAAS = SEKELIAN PROVOKATOR YANG TERLIBAT DALAM URUSAN MENYERAP HASUTAN SERTA PROPAGANDA LICIK DARI SEBALIK TABIR SEPERTI GOLONGAN MUNAFIK, AGEN MUSUH ISLAM DAN SYAITAN .




~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my