Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
12-Nov-2002 08:01
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya, bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan iaitu: Apabila dia berbuka puasa, dia gembira dengan waktu berbukanya dan apabila dia menghadap Tuhannya, dia gembira dengan amalan puasanya.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Kelebihan puasa yang ditunaikan dengan sempurna berbanding dengan ibadat-ibadat yang lain.
2- Orang Islam yang telah menyempurnakan puasanya akan memperolehi kebahagiaan di dunia dengan hilangnya rasa lapar dan dahaga serta sempurnanya puasa ketika berbuka. Ketika bertemu dengan Tuhannya pula dia akan merasa bahagia kerana ibadat puasanya diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dengannya.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my