Bid'ah Dalam Bicara Al Quran Dan Hadis

Oleh amly
14-Oct-2002 14:57
Pendahuluan.

Persoalan mengenai tahlil,wirid lepas solat,baca Al-Quran atas kubur dan lain lain lagi daripada perkara ibadah yang tidak dilakukan oleh
nabi S.A.W,dan para sahabat menjadi perbincangan hangat sejak akhir-akhir ini.

Sebahagian daripada mereka mengatakan perkara tersebut adalah bid'ah yang sesat,ini kerana perkara tersebut tidak dilakukan oleh nabi
S.A.W dan para sahabat. Antara dalil yang mereka gunakan adalah hadis Nabi S.A.W bermaksud;

"Tiap tiap MUHDASAT(Perkara baru) adalah bid'ah dan tiap tiap bid'ah itu sesat dan tiap tiap kesesatan itu tempatnya adalah neraka".

Sabda nabi S.A.W lagi yang bermaksud;

"Sesiapa yang melakukan pembaharuan dalam urusan kami ini(Islam) sesuatu yang tidak terdapat daripadanya maka pembaharuan itu tertolak.

Mereka juga berdalil dengan kaedah yang ditetapkan oleh ulama'

Hukum asal pada ibadah adalah dilarang melainkan apa yang telah ditetapkan.

Manakala sebahagian yang lain pula mengatakan perkara tersebut tidak bid'ah,sekalipun tidak pernah dilakukan oleh nabi,mereka mendakwa
tidak semua perkara ibadah yang tidak dilakukan oleh nabi adalah bid'ah, sebagai contoh membaca al-Quran menggunakan mashaf adalah satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nabi,ini kerana nabi tidak membaca al-Quran menggunakan mashaf bahkan nabi hafaz al-Quran,adakah perkara ini bid'ah? sedangkan membaca al-quran adalah ibadah.Tidak ada ulama yang mengatakan bid'ah termasuklah
mereka yang mengatakan setiap ibadah yang nabi tak buat kalau kita lakukan perkara tersebut adalah bid'ah.

Jadi adakah tepat dakwaan golongan yang pertama mengatakan setiap perkara ibadah yang tidak dilakukan oleh nabi,apabila kita lakukan maka ia merupakah bid'ah? Dan adakah tepat dakwaan golongan kedua yang mengatakan tidak semua dari perkara ibadah yang tidak dilakukan oleh nabi apabila kita lakukan merupakan perkara BID'AH?

Untuk membincangkan persoalan tersebut mari kita cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan BID'AH berdasarkan kefahaman nas hadis Nabi s.a.w., ini kerana mengikut kaedah FIQHIAH "penghukuman terhadap sesuatu perkara berkait rapat dengan kefahaman terhadap perkara tersebut"

Maknanya tepat atau tidak tepat hukuman kita terhadap perkara tersebut berkait rapat dengan kefahaman kita terhadap perkara tersebut.

Sebagai contoh: Kita nak menghukum sesuatu perkara itu BID'AH bergantung kepada kefahaman kita terhadap BID'AH,kalau kita tak faham atau kurang faham maka akan menyebabkan hukuman kita itu akan menyeleweng dari hakikat sebenar.

Lagipun supaya perbincangan kita tidak mengikut hawa nafsu yang dipandu oleh syaitan tetapi berdasarkan kepada panduan al-Quran dan hadis serta disiplin ilmu yang mantap.

Mudah-mudahan selepas ini tidak ada di kalangan orang Islam membid'ahkan orang Islam yang lain hanya berdasarkan kepada agakan sahaja tanpa
ada sandaran yang kukuh dan tidak ada lagi orang Islam yang melakukan perkara BID'AH samada disedari atau tidak.

Memang terdapat banyak hadis nabi S.A.W yang menceritakan kepada kita mengenai bahaya BID'AH, antaranya;

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-‘Ibadh bin Sariah: “Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersolat bersama-sama kami. Kemudian, baginda berpaling kepada kami lalu memberi satu nasihat yang sangat keras isinya hingga mengalir air mata baginda dan mengecutkan hati2 kami yang mendengarnya. Maka, salah seorang dari kami pun berkata: Ya Rasulullah, nasihat ini seakan-akan satu nasihat selamat tinggal kepada kami. Apakah yang tuan hendak perintahkan kepada kami? Lalu baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertaqwalah kepada Allah, dan taatlah kamu kepada penguasa (yang adil) walaupun ia adalah seorang Habsyi, kerana sesungguhnya orang yang hidup sesudahku akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu (jika kamu ingin selamat), hendaklah kamu sekalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa Ur-Rasyidin yang mendapat pentunjuk. Berpegang teguhlah kamu kepadanya dan gigitlah ia dengan geraham2 kamu. Jauhilah perkara2 baru yang diada-adakan(MUHDASAT)
kerana semua perkara baru(MUHDASAT) adalah BID'AH, dan semua BID'AH adalah sesat.”
[Hadis Sahih riwayat Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan An-Nasai.]

Baginda Rasulullah dikatakan lazim bersabda seperti berikut hampir setiap sekali sebelum memulakan ucapan2 rasminya: “Ketahuilah bahawa sebaik2 perkataan ialah Kitabullah dan sebaik2 petunjuk ialah Sunnahku, manakala seburuk-buruk perkara pula ialah perkara2 baru yang diada-adakan(MUHDASAT). Semua perkara2 baru yang diada-adakan MUHDASAT adalah BID'AH. Semua BID'AH adalah sesat dan semua
kesesatan berada dalam neraka.”
[Hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad,
An-Nasai dan lain2]

Saidatina Aisyah juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan dari urusan kami ataupun tidak berasal daripadanya, maka ia adalah ditolak.”
[Hadis Sahih riwayat Al-Buhkhari, Ahmad dan Abu Daud]

Namun yang menjadi masalah sekarang.. apa yang dimaksudkan dengan BID'AH sebenarnya, adakah ia semata mata perkara baru sahaja ataupun apa?

Begitu juga dengan RIBA.. nabi melarang keras kepada umatnya mengenai RIBA, persoalan sekarang apakah yang dimaksudkan dengan RIBA sebenarnya.. adakah semata pertambahan terhadap harta sahaja
dinamakan riba?

TAKRIF BID'AH

1)-Sabda Nabi S.A.W bermaksud

"Sesungguhnya setepat tepat perkataan adalah l-Quran,dan sebaik baik pertunjuk adalah pertunjuk Rasulullah s.a.w, dan seburuk buruk perkara adalah perkara "MUHDASAT" Tiap tiap perkara MUHDASAT
merupakan BID'AH.Tiap tiap perkara BID'AH adalah sesat,dan tiap tiap kesesatan itu tempatnya adalah neraka."
[Hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lain2.]

2)Hadis yang diriwayatkan oleh Al-‘Ibadh bin Sariah : “Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersolat bersama-sama kami. Kemudian, baginda berpaling kepada kami lalu memberi satu nasihat yang sangat keras isinya hingga mengalir air mata baginda dan mengecutkan hati2 kami yang mendengarnya. Maka, salah seorang dari kami pun berkata : Ya Rasulullah, nasihat ini seakan-akan satu nasihat selamat tinggal kepada kami. Apakah yang tuan hendak perintahkan kepada kami? Lalu baginda bersabda : Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertaqwalah kepada Allah, dan taatlah kamu kepada penguasa (yang adil) walaupun ia adalah seorang Habsyi, kerana sesungguhnya orang yang hidup sesudahku akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu (jika kamu ingin selamat), hendaklah kamu sekalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa Ur-Rasyidin yang mendapat pentunjuk. Berpegang teguhlah kamu kepadanya dan gigitlah ia dengan geraham2 kamu. Jauhilah perkara2 MUHDASAT( baru yang diada-adakan) kerana semua perkara MUHDASAT( baru) adalah BID'AH, dan semua BID'AH
adalah sesat.” [Hadis Sahih riwayat Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan An-Nasai.]

Ulama-ulama telah menetapkan untuk memahami nas al-Quran dan nas hadis tidak dapat tidak kita mesti menggunakan kaedah bahasa Arab itu sendiri,ini kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan
hadis pula dituturkan oleh nabi berbangsa Arab.

Sepertimana yang berlaku kepada IBNU ABBAS salah seorang sahabat nabi yang digelar sebagai TARJUMANUL QURAN,apabila beliau tidak faham mengenai beberapa kalimah yang terdapat dalam Al-Quran beliau akan pergi jumpa dengan arab badwi untuk mengetahui kehendak makna perkataan tersebut.

Pada dua hadis diatas lafaz MUHDASAT merupakan "tempat dalil"(Mahal istidlal)yang digunakan oleh kedua dua golongan dalam menetapkan
pandangan mereka.

Golongan yang pertama mengatakan yang dimaksudkan dengan MUHDASAT adalah semua perkara ibadah yang tidak dilakukan oleh nabi S.A.W. kefahaman mereka tersebut berdasarkan lafaz KULLU(Setiap)yang berada
sebelum dan selepas dari kalimah MUHDASAT.Sedangkan lafaz KULLU menunjukan makna umum.

“SETIAP atau SEMUA BID'AH adalah sesat” yang mana di dalam bahasa Arab berbunyi “KULLU bid’atin dholalah”. Kalimah yang digunakan oleh baginda Nabi semasa menyampaikan pesanan ini untuk menyatakan
“SETIAP/SEMUA” ialah “KULLU”, sama seperti kalimah yang boleh kita jumpa dalam permulaan ayat Ali-Imran (3) : 185, yang berbunyi “Kullu nafsin zaa iqotul maut” yang bermaksud “SETIAP atau SEMUA yang
bernyawa pasti akan mati.”
“Kullu” di sini mencakupi SEGALA-GALANYA. Seperti contoh dari ayat Ali-Imran tersebut,kalimah “Kullu” dengan sahihnya membayangkan secara nyata bahawa tidak ada benda yang bernyawa yang tidak akan
mati. Maka, penggunaan kalimah “KULLU” dalam hadis baginda sudah tentunya mencakupi “SEMUA BID'AH (tidak ada yang terkecuali darinya) adalah sesat”. Kalau baginda Rasulullah tidak bermaksud untuk
mencakupi segala-galanya dalam pengertian BID'AH yang menyesatkan, maka kalimah yang akan digunakannya bukanlah “Kullu” tetapi “Ba’dun”
yang bererti “Sebahagian”. Disebabkan ini, macam mana kita boleh terima bahawa ada pulak konsep Bid’ah yang baik (Hasanah) dan ada Bid’ah yang sesat (Dholalah) jika Rasulullah sendiri dah kata SEMUA Bid’ah itu menyesatkan?

Maknanya mengikut pandangan yang pertama: mana mana perkara ibadah yang nabi tak buat,Kalau kita buat dikira sebagai BID'AH DHALALAH.

Golongan yang kedua mengatakan yang dimaksudkan dengan MUHDASAT adalah Tiap tiap perkara yang berlawanan dengan al-Quran dan Hadis serta Ijma' ulama.

Kefahaman mereka tersebut berdasarkan kepada lafaz MUHDASAT itu sendiri yang didatangkan dalam bentuk MUANNAS,tidak didatangkan dengan MUZAKKAR.

Mengikut kaedah bahasa arab mana mana lafaz yang didatangkan dengan MUZAKKAR ia memberi makna umum,manakala mana mana lafaz yang didatangkan dengan MUANNAS ia memberi makna khusus.

Sedangkan lafaz MUHDASAT dalam hadis tersebut didatangkan dengan MUANNAS maka maknanya adalah khusus tidak meliputi semua perkara ibadah yang nabi tak buat.

Mereka juga berdalil dengan hubungkait lafaz hadis antara satu sama lain,iaitu diawal hadis nabi datangkan dengan “Ketahuilah bahawa sebaik2 perkataan ialah Kitabullah dan sebaik2 petunjuk ialah Sunnahku, dan selepas itu nabi datangkan dengan "manakala seburuk-buruk perkara pula ialah perkara2 baru yang diada-adakan."

Dan lafaz KULLU itu memang umum tetapi itu mencakupi MUHDASAT yang khusus sahaja bukannya umum.

Kalau yang dimaksudkan dengan BID'AH itu semua perkara baru kenapa nabi tak datangkan dengan lafaz MUHDAS dalam bentuk MUZZAKAR.

Maknanya Semua perkara baru dan diada adakan yang menyalahi dengan al-Quran dan pertunjuk nabi maka perkara tersebut adalah bid'ah.

Manakala setiap perkara baru yang tidak menyalahi al-quran dan pertunjuk hadis tidak dinamakan bid'ah dhalalah.


3)Saidatina Aisyah juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan dari urusan kami ataupun tidak berasal daripadanya, maka ia adalah ditolak.” [Hadis Sahih riwayat Al-Buhkhari, Ahmad dan Abu Daud.]

Pada hadis ini golongan pertama berdalil bahawa setiap urusan yang berlainan dengan apa yang dilakukan oleh rasullullah ,dilakukan oleh kita maka ia dinamakan BID'AH.

Manakala Golongan kedua pula berdalil bahawa tidak semua dari dari urusan yang berlainan dengan apa yang dilakukan olen nabi,apabila kita buat dinamakan BID'AH,ini kerana pada hadis tersebut nabi datangkan dengan lafaz MA LAISA MINHU(iaitu sesuatu yang tidak ada sandaran dari al-quran dan hadis)Nabi tidak datangkan dengan MA LAISA FIHI.Kalau nabi datangkan dengan MA LAISA FIHI,barulah boleh kita katakan apa yang tidak dilakukan oleh nabi apabila kita buat dinamakan BID'AH.

Diantara ulama yang berpegang dengan pandangan pertama adalah;

1-Syeikh IBNU BAZZ dalam salah satu dari fatwanya mengenai maulid rasul
2-Syeikh Soleh Al-Utahaimin dalam kita syarah Akidah wasitiah

Pandangan dan Hujjah yang digunakan oleh golongan yang kedua
dipegang oleh ulama ulama salaf dan kebanyakan dari ulama hari ini.

Antaranya..

1)Imam Syafie sepertimana yang diceritakan oleh Imam Al-Baihaqi
dalam kitabnya Manaqib Al-Syafie,Al-MUHDASAT terbahagi kepada dua
bahagian

1-Perkara baru yang menyalahi al-quran dan pertunjuk hadis, maka ini
yang dikatakan BID'AH dhalalah.

2-Perkara baru yang merupakan kebaikan yang tidak menyalahi Al-Quran
dan pertunjuk hadis maka ini tidak dinamakan BID"AH.

2)Imam Al-Ghazali dalam kitab IHYA' nya pernah berkata Tidak semua
perkara baru yang diadakan adalah BID'AH,tetapi perkara BID'AH
adalah perkara baru yang berlawanan dengan Al-Quran dan Al-Hadis.

3-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidha' Al-Shiratul mustakim
mengatakan " perkara BID'AH adalah setiap ibadah yang tidak ada
sandaran dari al-quran dan hadis.

4-Ibnu Athir dalam kitabnya Al-Nihayah berkata Setiap perkara
perkara mahupun ibadah yang menyalahi Al-quran dan hadis maka
perkara tersebut adalah BID'AH Dhalalah.manakala setiap perkara dan
ibadah yang tidak menyalahi Al-quran dan pertunjuk hadis maka ia
tidak dinamakan BID'AH DHALALAH.

Golongan kedua juga berdalil dengan Firman Allah taala dalam surah
Al-haj ayat 77 bermaksud

"dan lakukan lah kebaikan mudahan kamu termasuk dalam golongan
mereka yang berjaya".

apabila kita teliti pada ayat Al-quran tersebut kita dapati Allah
taala datangkan lafaz Al-khair dengan disertakan alif dan lam.

Mengikut kaedah bahasa arab mana mana lafaz MUFRAD ATAU JAMA' yang
disertakan dengan ALIF DAN LAM maka ia menunjukan makna umum,iaitu
meliputi semua perkara yang bertepatan dengan al-Quran dan
hadis.samada nabi buat atau tidak buat.

ini dikuatkan lagi dengan hadis nabi S.A.W bermaksud

Sesiapa yang melakukan satu kebaikan ,dan kebaikan itu diikuti oleh
orang lain maka ia dapat ganjaran terhadap apa yang dia lakukan dan
ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa ada
sebarang kekurangan.manakala sesiapa yang melakukan keburukan dan
keburukan itu diikuti oleh orang lain maka ia mendapat ganjaran
terhadap apa yang dia buat dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan
oleh orang lain tanpa sebarang kekurangan.
(Hadis riwayat tirmizi)

pada hadis ini Nabi datangkan dengan lafaz MAN yang mana mengikut
kaedah bahasa arab lafaz MAN adalah lafaz NAKIRAH mengandungi makna
SYARAT.Bila begitu ia akan membawa makna umum juga.iaitu meliputi
semua kebaikan yang bertepatan dengan Al-quran Dan hadis.

Dari perbincangan diatas bolehlah kita simpulkan seperti berikut;

1-Golongan pertama mengatakan BID'AH ialah meliputi perlaksanaan
apa2 bentuk amal dan perbuatan dalam hal2 ibadat yang tidak diajar
oleh baginda Nabi SAW dan tidak pernah dilakukan oleh para kaum
salaf dulu.

2-Golongan kedua pula mengatakan BID'AH ialah setiap perkara dan
urusan yang menyalahi Tuntutan Al-quran dan pertunjuk sunah.samada
perkara tersebut berkaitan dengan
ibadat,adat,iktikad,pemerintahan,ekonomi dan lain lain lagi.

Seseorang yang melakukan sembahyang zohor 5 rakaat,maka dia telah
melakukan perkara BID'AH ini kerana perkara tersebut menyalahi
nas,tetapi sesiapa yang berwirid selepas solat itu tidak dinamakan
BID'AH kerana bertepatan dengan Umum Nas menggalakan berzikir dan
petang samada lepas solat atau tidak..

Begitu juga sesiapa yang mengatakan RIBA halal dia telah melakukan
BID'AH ini kerana dia telah mengatakan perkara yang berlawanan
dengan Al-Quran dan HAdis.

tetapi sesiapa yang bekerja sebagai juru foto tidak dinamakan telah
melakukan bid'ah. ini larangan gambar adalah untuk patung dan gambar
yang digunakan untuk sembahan

Dari kedua dua pandangan,pandangan yang bertepatan dengan RUH NAS
AL-QURAN DAN HADIS adalah pandangan kedua dan pandangan ini
sebenarnya diguna pakai oleh ulama salaf yang terdahulu.iaitu yang
dimaksudkan dengan BID'AH ialah setiap perkara dan urusan yang
menyalahi tuntutan al-Quran dan pertunjuk hadis.Ini dikuatkan dengan
hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dari Ady bin Hatim
r.a. bahawa ketika dakwah Rasulullah sampai kepadanya, Ady lari
menuju Syam. Ketika itu, dia masih beragama Nasrani manakala saudara
perempuannya pula telah memeluk Islam. Saudara perempuan Ady ini
telah kemudiannya memujuk Ady masuk Islam. Ady bersetuju dan
kemudian datang menghadap Rasul dalam keadaan dilehernya tergantung
tanda salib yang diperbuat dari perak. Bila Rasul ternampak ini,
baginda membaca ayat “Mereka menjadikan orang2 alim dan rahib2 dari
kalangan mereka sebagai Tuhan selain dari Allah….” [At-Taubah (9) :
31]. Bila Ady mendengar ini, dia menjawab, “Tidak Rasulullah, mereka
tidak melakukan apa yang Tuan katakan.” Kemudian baginda menjawab,
“Tetapi mereka mengharamkan barang yang telah dihalalkan, dan
sebaliknya mengharamkan barang yang dihalalkan oleh Allah. Dan bila
ketetapan ini diikuti oleh kaumnya, inilah yang dimaksudkan bahawa
mereka telah menyembah orang2 alim dan rahib2 dari kalangan mereka
sebagai Tuhan mereka.”

Dari hadis ni jelas kesesatan orang nasara(kristian)adalah mereka
menjadikan rahib mereka sebagai penentu halal dan halal,inilah yang
dikatkan BID'AH,kerana melakukan urusan dan perkara yang menyalahi
tuntutan Al-quran dan hadis.

Sekiranya dilakukan sebarang urusan yang tidak menyalahi tuntutan
Al-Quran dan hadis,sekalipun nabi tak pernah buat, maka itu tidak
dinamakan BID'AH.


Dalam masalah BID'AH HASANAH DAN BID'AH SYAIAH guru kami yang
menetap di iskandariah iaitu Al-Imam Almuhaddis Al-Mufid Syeikh
Muhamad Ibrahim Al-kattani menjelaskan dalam bukunya Ibra'Zimmah
bahawa pembahagian BID'AH kepada hasanah dan syaiah adalah mengikut
makna BID'AH dari sudut bahasa bukan dari sudut Istillah,ini kerana
mengikut syara' BID'AH hanya satu sahaja iaitu semua urusan yang
berlawanan ngan nas Al-quran dan Hadis.

Perlu diingatkan bahawa :Imam syafie tidak mengingkari hadis shahih,
tidak sama sekali, tetapi imam syafie memahami maksud sebenar
kalimah BID'AH yang terdapat dalam hadis tersebut.

begitu juga dengan ulama salaf yang lain mereka memahami makna
sebenar bagi BID'AH yang terdapat dalam hadis.

Yang menjadi masalahnya kita yang hanya hafaz satu dua hadis ni saja
yang suka dan mudah untuk menghukum orang lain melakukan
BID'AH.sedangkan kita tidak mempunyai alat yang cukup untuk
menghukum nya.


saya rasa cukuplah sekadar ini dulu dari saya yang amat lemah ini,
sebenarnya saya bukan lah orang yang layak untuk membincangkan
masalah ini, disebabkan sedikitnya maklumat yang ada pada saya dan
ceteknya pengetahuan saya,tetapi memandangkan persoalan -persoalan
yang kerap ditimbulkan kepada saya adalah mengenai BID'AH ini,maka
saya berusaha sedaya upaya yang ada pada saya untuk menyiapkan
perbincangan ini, alhamdulillah dengan bantuan allah selesai juga
walaupun dengan serba kekurangan ,jadi saya harap kepada mereka yang
banyak maklumat dan luas pengetahuan untuk menyempurnakanya.

saya juga berharap mudahan selepas ini tidak ada lagi mereka yang
mem BID'AH kan orang lain disebabkan wirid lepas solat,baca yassin
malam jumaat,tetapi marilah sama sama kita memikirkan perkara BID'AH
yang sangat besar berlaku pada hari ini iaitu memisah kan Ibadat
dari rohnya iaitu hanya ibadat luaran tanpa hati,memisahkan ilmu
dari rohnya iaitu semata belajar tanpa amalan, memisahkan antara
ilmu agama dan ilmu dunia sedangkan dalam Islam tidak ada pemisah
antara keduanya,
memisahkan politik dari agama dan memisahkan kehidupan dari islam.

Disebab kan BID'AH ini umat islam hari ini berada dalam keadaan
terhina dan dunia berada dalam keadaan tidak aman,ini kerana
sepatutnya tamadun dunia dipimpin dan menjadi amanah kepada orang
islam berada pada tangan orang lain.

Ingatlah pesanan dari Imam Abul Hassan Ali Anndawi :"tanggung jawap
utama umat islam adalah menjadi khalifah diatas bumi ini iaitu
dengan memimpin tamadun kearah keridhaan allah dengan itu barulah
kebahagian hidup manusia sejagat akan terlaksana.Amanah tersebut
tidak mampu dilaksanakan melainkan oleh mereka yang hatinya dan
rohnya dikuatkan dengan ibadah kepada allah"

Perkara inilah yang sebenarnya BID'AH,kerana menyalahi tuntutan
Al-Quran dan pertunjuk hadis.

marilah sama sama kita membasmi BID'AH ini.

Wassalam

Al-Faqir Ila AFwi ALLAh

AZARUDIN AZIZAN Al-KATTANI






 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my