Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
14-Oct-2002 14:49
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tolonglah saudara kamu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi. Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika dia dizalimi (menghalang daripada dia dizalimi), tetapi apa pandangan kamu jika dia melakukan kezaliman, bagaimana cara untuk aku menolongnya? Baginda menjawab: Kamu menghalang atau kamu melarang dia dari melakukan kezaliman atau penganiayaan. Itulah cara menolongnya.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

----------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Nabi s.a.w mentafsirkan dasar "Bantulah saudara kamu sama ada yang melakukan kezaliman atau yang dizalimi" dengan penafsiran moral yang sangat baik di mana baginda memindahkannya dari nilai yang boleh meruntuhkan kepada nilai yang boleh membina dan dari kebatilan kepada kebenaran.
2- Seruan Rasulullah s.a.w supaya berurusan sesama manusia secara mendorongnya melakukan kebaikan dan melarangnya dari melakukan kejahatan.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my