Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
14-Oct-2002 14:46
Diriwayatkan daripada al-Hasan bin Ali r.a katanya: Aku menghafal kalimah daripada Rasulullah s.a.w:
Tinggalkanlah apa yang kamu ragukan dan lakukanlah apa yang kamu tidak ragukan. Sesungguhnya perkara yang benar itu membawa ke arah ketenangan dan perkara yang dusta itu akan menimbulkan keraguan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya menghindari diri dari perkara-perkara syubhat (yang masih diragui halalnya) dan mengutamakan perkara yang jelas halal kerana orang yang menjaga diri dari perkara-perkara yang syubhat bererti dia telah menjaga harga diri dan agamanya.
2- Kebenaran akan menghasilkan keyakinan pada diri orang yang bersifat dengannya manakala penipuan akan menghasilkan keraguan dan perasaan tidak mempercayai orang lain.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my