Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
14-Oct-2002 14:45
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudriy r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Sesungguhnya Allah memberi kuasa kepada kamu untuk menguruskan apa yang ada di dalamnya, kemudian Allah akan mengawasi pula apa yang kamu lakukan. Oleh itu berhati-hatilah kamu terhadap dunia dan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah wanita.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Penjelasan tentang godaan dunia dan kehebatan fitnahnya terhadap penghuninya.
2- Menghindari diri dari terfitnah dengan wanita secara meninggalkan terus perkara-perkara yang boleh menimbulkan keinginan nafsu syahwat seperti bergaul secara bebas dengan mereka dan memandang kepada mereka.
3- Mengambil pengajaran dari umat masa lampau kerana kejadian yang menimpa Bani Israel akan menimpa juga umat yang lain jika mereka masih tetap melakukannya.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my