Topik Jangan Perasan : Imam Mahdi

Oleh Rule.net 
14-Oct-2002 14:18
1)Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) . Hadtih riwayat Muslim.

- Jadi sapa yang cakap Arab pun tak betul tu, dah tentu tak boleh nak mengimamkan nabi Isa sendiri, jdi jgn perasan Imam Mahdi.

2)Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.

- Jadi mereka yang tidak berketurunan nabi, jgn perasan Imam Mahdi.

3) Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

- Betul, kerana kebanyakkan keturunan nabi walaupun kat depan ada title "Syed", "Sharifah", tapi semua hancusssssss .. Tak caya tanya Sharifah Aini. Jadi Imam Mahdi nama dia adalah "Muhammad Bin Abdullah" jugak .. mungkin tak der "Syed" kat depan .. jadi yang ada "Syed" tu .. jgn perasan Imam Mahdi.

4)Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

- Saper yang tak berani pergi lawan Israel sekarang .. jgn perasan Imam Mahdi. Sebab dia kena berada dan memerintah Baitul Maqdis.

5) Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith riwayat Na'im bin Hammad.

Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim

- Hmmm .. ada sesiapa keturunan Fatimah tak kat sini ? Kalau tak der .. jgn perasan Imam Mahdi.

Tanda-tanda Imam Mahdi Keluar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)



..... dah .. semua pergi buat kerja masing-masing .. jangan dok berangan nak tengok Imam Mahdi .. you wouldn't like it when the time comes. Sebab dunia nanti kecoh.

Sumber Rujukan :
http://www.irshad.org/islam/prophecy/mahdi.htm
http://www.al-islam.org/mahdi/nontl/Chap-14.htm
http://www.albalagh.net/qa/imam_mehdi_hadith.shtml
http://members.tripod.com/man999/imam_mahdi.htm




Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my