Azab Menderhakai Ibu Bapa

Oleh Zana
01-Sep-2002 16:05
AZAB MENDERHAKAI IBU BAPA

1. Menderhakai terhadap ibu bapa adalah termasuk dalam kategori melakukan dosa-dosa besar kepada Allah selepas dosa syirik.

2. Allah dan sekelian para malaikatNya akan mengutuk anak yang menderhakai terhadap kedua ibu bapanya.

3. Anak yang sentiasa menyusahkan ibu bapanya maka Allah akan menyempitkan kehidupannya di dunia ini malah di akhirat nanti ia akan ditambah dengan azab yang berlipat ganda.

4. Anak-anak yang menderhakai terhadap kedua orang tuanya maka Allah akan segera membukakan pintu-pintu neraka untuknya.

5. Jika kedua ibu bapanya merasa terlalu kecewa dengan sikap kita lalu berdoa maka doa keduanya akan segera diperkenankan oleh Allah.

6. Allah tidak akan menerima amal ibadat sama ada yang fardhu mahu pun yang sunat dari seorang anak yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.

-Fikir-fikirkanlah........-

Wallahua'alam
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my