Risalah Fikir (262) Peringatan Buat Ajk Masjid/surau

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51

Mari lagi sekali kita menghayati penerangan dalam RF 261 yg lalu. (disalin semuladibawah ini):

[Berikut adalah terjemahan kasar drp kitab Bughyatul-Mustarsyidiin, susunan As-Sayyid`Abdurrohmaan bin Muhammad bin Husain bin `Umar roh.a., semoga `ilmunya dimunafa'atibersama oleh kita semua hari ini,(beliau adalah salah seorang drp mufti Hadhromaut yangternama suatu masa dulu), halaman 248, mafhuumnya kira2 :

.ATAU SEKIRANYA DIKATAKAN KEPADANYA (YA'NII KEPADA SESEORANG): "UHDHURMAJLISAL-`ILMI !" [pengertiannya kira2 : "HADHIRLAH ATAU DATANGLAH KE MAJLIS`ILMU WAHAI SAUDARA !"]. LALU DIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA) : "MA HAADZAA BISYAI-IN !" [pengertiannya kira2 : "BUKAN ADA PUN MAJLIS TU ! " . ATAU LALUDIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA) : "QOS'ATU MIN THARIIDIN KHOIRUN MINAL-`ILMI !"[pengertiannya kira2 : "SEMANGKUK THARIID ITU LEBIH BAIK DARIPADA `ILMU ! "],MAKA KETIKA ITU BERLAKULAH KE ATASNYA (IAITU KE ATAS SI YANG MENJAWAB TADI) HUKUM-HUKUMMURTADDIIN ( HUKUM-HUKUM ORANG YG MURTAD / AHKAAMUL- MURTADDIIN) YANG (TERDIRI) DARIPADAISTITAABAH DAN LAIN-LAINYA.

Begitulah kira2 terjemahan kasarnya. Kepada yg bisa berbahsa `Arab, diharapkan langsungmeruju' kepada kitab berkenaan.

Ya, begitu mudah tergelincir ke dalam kancah kemurtadan ! (Na'uudzubillaahi min dzaalik!) Dengan sedikit jawapan sahaja bila diseru atau diajak untuk menghadhiri majlis `ilmu,sudah bisa jatuh ke dalam kancah murtad..! Lantaran itu bila kita diseru atau diajakkepada sesuatu kebaikan, janganlah kita menunjukkan sifat yang tidak sewajarnya,dikhuatiri dengan sepatah dua jawapan kita itu akan membawa padah ! Dan kadangkalamengambil sikap diam itu lebih selamat daripada menjawab, apa lagi kalau kita menafikankebaikan yang diajaknya itu !]

Begitulah antara petikan dalam RF 261 yg lalu.

Peringatan Khas Buat AJK Masjid/Surau : (Peringatan ini juga buat diri saya sendiriterutamanya...)

(a) AJK Masjid/Surau (yg saya maksudkan) adalah imam2, bilal2, penaung2, pengerusi2,setiausaha2, bendari2, penolong-penolong atau naib-naibnya, , ahli2 jawatankuasa biasa,tok2 siak,.dsbnya.. Ringkasnya, semua pihak yang menerima amanah dan memikul tanggungjawab untuk sama2 mema'murkan Rumah2 Allooh swt (Masaajidillaah). [Kalau di Indonesiasana, mungkin istilah (pihak) ta`miir atau panitia masjid digunakan].

(b) Antum adalah orang2 yg telah menyanggupi untuk memikul amanah dan tanggung jawabdalam usha mema'murkan masijid/surau. Jadi, betulkanlah niat antum, iaitu semata2 ikhlasuntuk mencari keredhoan Allooh swt, bukan ada terselit niat keduniaan seperti untukmencari pengaruh dan kemasyhuran, untuk glamour, untuk menonjol2, untuk mencarikepentingan peribadi yg bersifat dun iawi,....dsbnya. Atau bukan niat saja2 untukmenghabiskan masa lapang (kerana sudah pencen mungkin), tapi penuh ikhlas kerana Alloohswt (lillaah wa fillaah).

(c) Dengan niat yang betul... mulakanlah tanggungjawab itu. Dan kalau terselewengsahaja niat itu, beristighfaarlah, dan segerakan membaikinya. Dan sentiasalah menyemakakan niat kita, kerana dikhuatiri diselewengkan oleh musuh2 kita (sama ada musuh yg nampakatau yg tak nampak).

(d) Perlu diingat bahawa Rumah Allooh swt adalah bukan rumah mana2 individu, setiaporang Islam berhak untuk mema'murkannya, apa lagi kalau yang datang ke tempat kita ituadalah para musaafir, mereka mempunyai haq ke atas kita sebagai para tamu dan sebagainya.Dan melayani para tamu adalah sebahagian drp cabang keimanan. Kita seharusnya sebaikmungkin berusha melayan mereka. Berusha membantu dan menunaikan segala hajat dan kebutuhanmereka setakat yg kita mampu. Semua kita tahu bahawa di zaman Rosuulullooh saw masjidadalah pusat kehidupan beragama. Dan semua kita tahu mema`murkan masjid/surau adalah jugacabang keimanan.

(e) Mema'murkan masjid mempunyai ma'na yg luas. Ringkasnya pema`muran itu adalah darisegi ruhani dan fizikal. Pema`muran dari segi ruhani adalah terlebih utama, walau punkedua2 jenis pema`muran itu adalah penting. Sebagai AJK Masjid/Surau, kitalah yangsepatutnya berada didepan dalam menggerakkan usha2 pema`muran itu. Kitalah dahulu yangkedepan dalam menegakkan solat berjamaa'ah lima waktu khasnya. Dan kitalah dahulu yangkedepan dalam berusha mengajak dan memujuk ahli2 qoryah/taman/kampung kita supaya sama2menegakkan solat berjamaa'ah lima waktu itu. Contohilah Sayyidina `Umar r.a. bagaimanabila seorang telah tidak datang berjamaa'ah subuh, maka beliau r.a. langsung pergimenziarahi rumah sifulan itu menanyakan apakah sebab2nya dia tidak dapat hadhir. Tanyalahdiri kita sendiri : Dah berapa lama kita jadi AJK Masid/Surau dan semenjak itu dah beraparumah telah kita pergi untuk mengambil tahu selok belok masaalah ahli qoryah (dari sudutberusha untuk saling mema`murkan masjid/surau khasnya) dan cuba membantunya /menasihatinya / memujuknya / menyelesaikannya / dsbnya ?

(f) Sebenarnya terlalu banyak untuk diperkatakan.. tapi apa yang saya maksudkan disiniadalah reaksi antum (atau kita semua) bila kedatangan rombongan2 / jamaa'ah / individu2 /musaafir2 , lebih2 lagilah jika mereka /dia itu datang ke Masjid/Surau kita dalam rangkamenyebarkan `ilmu, menjalankan amar ma'ruuf dan nahi mungkar, berda'wah dan bertabligh....dsbnya . Kadang2 dik kerana kejahilan kita, atau dik kerana ada kepentingan peribadiyg bersifat duniawi dan sebagainya, kita telah bertindak di luar batasan terhadapmereka/dia itu, walhal mereka mempunyai haq ke atas kita. Kita kunci masjid/surau, kitahalang mereka daripada beri'tikaf (dalam rangka menjalan usha2 agama tersebut), kitamemberikan segala macam rintangan dan sebagainya. Walhal, sepatutnya, kitalah yg kedepandalam memberikan pertolongan dan nusroh kepada mereka (apa lagi mereka menjalan amalanda'wah, tabligh, nasihat menasihati dsbnya kepada ummat ini). Walhal membantu dan memberinusroh kpd golongan yang menjalankan usha2 agama adalah cabang drp keimanan . Apakah kitasanggup menafikan cabang keimanan ini ? Kalau kita menafikannya, bagaimana kedudukankeimanan kita ? Antum sendirilah yang menjawabnya..

(g) SEHUBUNGAN DENGAN PETIKAN / TERJEMAHAN DRP KITAB OLEH AS- SAYYID `ABDURROHMAAN BINMUHAMMAD BIN HUSAIN BIN `UMAR DI ATAS (ANTARA KESIMPULANNYA) : SESEORANG YG DISERU UNTUKMENGHADHIRI MAJLIS `ILMU, TIBA2 JAWAPAN YG DIBERIKAN ADALAH SEPERTI DI ATAS MAKABERLAKULAH HUKUM2 MURTAD /MURTADDIIN KE ATASNYA..WALHAL DIA YANG DISERU ITU TIDAKMENGHALANG MAJLIS `ILMU ITU DRP DIADAKAN, CUMA MENGELUARKAN KATA2 YANG TIDAK ENAK SAHAJAPUN SUDAH JATUH MURTAD..! BAGAIMANA PULA DGN KEDUDUKAN IMAN KITA (SELAKU AJK MASJID/SURAUATAU SESIAPA SAJA) JIKA DENGAN TINDAKAN KITA MENGHALANG SESUATU MAJLIS `ILMU ITU ? KITAMENYEKAT SESUATU MAJLIS `ILMU ITU ?? DENGAN TINDAKAN KITA MENYEKAT USHA DA'WAH ? DENGANTINDAKAN KITA MENYEKAT USHA TABLIIGH ? DENGAN TINDAKAN KITA MENYEKAT USHA UNTUK MENYERUUMMAT KE ARAH MENGISLAHKAN DIRI ? DENGAN TINDAKAN KITA MENYEKAT JALAN ALLOOH SWT ?DSBNYA..DSBNYA ?

ANTUMLAH SENDIRILAH YANG MENJAWABNYA..

Mohon ma'af jua... Wallohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar..Wassalaamu'alaikum wrb Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] LAJNAH, kj: LIJAAN, LIJAN : panitia, komisi, komite, jawatankuasa ; board, council,commission,committee.

[2] LAJNAH MUSTADIIMAH / QOORROH: panitia tetap, standing committee, permanentcommittee.

[3] LAJNAH FAR'IYYAH : subcommittee.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my