
Semoga kita semua tabah hadapi ujian kehidupan ini dan istiqamah dalam
beribadat kepada Ilahi....
Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.
LAPAR: menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati
KENYANG: menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta
LAPAR: merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.
KENYANG: zikirnya hanya dilidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya
tertutup daripada cahaya Allah.
LAPAR: menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa
kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.
KENYANG: tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.
LAPAR:tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati
bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG:menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.
LAPAR: mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar
akan melemahkan nafsu.
KENYANG: mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan
untuk masuk ke dalam hati manusia.
LAPAR: kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG: akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan
makanan Meruap ke otak . Otak kekurangan oksigen.
LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan
tertutup.
KENYANG: syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat
menumpukan hatinya pada Allah.
LAPAR: terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit
berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG: mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, taun dan
lain-lain.
LAPAR: menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat
mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan
KENYANG: sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi
tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.
LAPAR:menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan
anak yatim.
KENYANG: tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang
kasih sayang di hatinya.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Sahabatku sekalian, lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah
bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui
salur darah (arteri dan vena) . Dan saluran itu akan disempitkan untuk
syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menahan diri daripada terlalu
banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Bila berbuka berbuka jangan
hentam habis pula. Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri
kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi denganbaik.
Insya Allah kita akan dapat memberi kasihg sayang pada orang lain dan semoga
NUR Allah akan menyinari hari-hati kita. Berusaha, berjaya!
*****Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para
malaikat kerana takut kepadaNya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu
menimpakannya kepada sesiapa yang dikehendaki, dan mereka
berbantah-bantahan tentang Allah dan Dialah Tuhan Yang Maha Kreas
siksaNya.. surah Ar Raad:13*****
-Rebut 5 dari yang 5-

Kumencari ku menanti Penawar gusar hati Agar bisa ku berlari Mengejar realiti ('_')
Sent to myMasjid eGroups: 8/28/2002 2:04:14 AM
Sent to MelayuCyber eGroups: 8/28/2002 2:04:14 AM