Ghafilun Atau Ghafilin (orang Yang Lalai)

Oleh Badar
22-Aug-2002 02:35
Ghafilun atau Ghafilin adalah bentuk jama’dari lafaz mufrad "Ghafil", yang ertinya adalah orang yang lalai. Iaitu golongan yang melalaikan ayat-ayat Allah yang berupa perintah dan larangan janji serta ancaman-Nya, yang di akhirat kelak akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT. Mereka lupa bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara,sehingga mereka melupakan kehidupan akhirat yang abadi.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya kami menjadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak di-gunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan-nya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak di-gunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A’raf:179)

Ciri-ciri orang yang lalai kepada Allah.

1.Mereka cenderung mengikut hawa nafsunya dan melampaui batas terhadap ketentu-ketentuan Allah. Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (AL-Kahfi-28)

2.Mereka yang hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia.

3.Mereka terus menerus menempuh jalan yang sesat,tidak mahu mengikut jalan yang benar. Allah berfirman:
"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka apabila melihat ayat-ayatKu,mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk,mereka tidak mahu menempuhnya,tetapi jika mereka milihat jalan kesesatan,mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu, adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami,dan mereka selalu lalai daripadanya." (Al A’raf-146).
Hanya satu jalan sahaja untuk kita tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai iaitu firman Allah:
"Dan sebutlah nama tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang,dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." Al 'Araf ayat 205
Jadi, mengingati Allah dan merendahkan diri adalah jalan bagi kita terhindar dari menjadi golongan yang lalai.
>>apalah erti cinta tanpa pengorbanan<<

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my