Nisan Di Kepala Kubur

Oleh [I]*[R]*[R]*[E]*[S]*
22-Aug-2002 01:18
Saya cabut baberapa helai rumput yang baru tumbuh di
> kubur
> Allahyarham Pak Cik Malik Kemudian saya buangkan
> rumput itu dan saya
> pegang nisan batu di kepala kubur yang telah
> kekuniangan. Lumpur
> yang terpercik semasa hujan telah mengotori nisan
> itu.
>
> "Malik bin Abd. Razak. Kembali ke rahmatullah pada
> 14
> Safar....."demikian catatan pada nisan tersebut.
> Lama saya renung tulisan itu.Entah mengapa, hati
> saya terasa sebak.
> Pak Cik Malik tidak ada pertalian darah dengan saya.
> Dia hanya salah
> seorang penduduk di kampung kami,di Johor, tetapi
> pemergiannya amat
> menyentuh hati saya. Kerana itulah, apabila emak
> memberitahu
> kematian Pak Cik Malik, saya yang baru pulang ke
> kampung tidak
> berlengah menuju ke kuburnya.Makin direnung nisan
> itu,semakin kuat
> ingatan saya kepada Allahyarham, terutama sejarah
> hidupnya yang
> menyayat hati. Malah ia menjadi sebutan di kampung
> kami.
>
> Menurut emak, dahulu Pak Cik Malik mempunyai adik,
> Samat yang muda
> setahun daripadanya. Malik dan Samat tinggal bersama
> ibu mereka,
> yang kami panggil sebagai Mak Teh sahaja. Bapa
> mereka meninggal
> dunia semasa mereka masih kecil. Mak Teh cuma
> bekerja sebagai
> penoreh getah. Dengan pendapatan itulah dia menyara
> Malik dan Samat.
>
> Ketika meningkat remaja, dalam lingkungan usianya 18
> tahun, entah
> bagaimana terjadi pertengkaran antara Malik dan
> adiknya. Ia
> kemudiannya beralih kepada maki hamun dan akhirnya
> bertumbuk. Malik
> sebagai abang tidak mahu mengalah, sebaliknya
> membedal adiknya itu.
> Melihat kedua-dua anaknya bergomol, Mak Teh
> meluru ke arah
> mereka."Sudah....
> sudah! Kamu ni adik beradik pun nak bergaduh!"
> katanya.
> "Adik ni, dia yang mulakan dulu..."kata Malik
> lantas menuduh
> Samat.
> "Tapi kamu tu abang, mengalahlah sikit..."
> "Adik ni yang keras kepala...." Balas Malik lalu
> terus memukul
> adiknya lagi. Mereka berkelahi semula.
> Sekali lagi MakTeh cuba meleraikan. Dia menolak
> Malik serta
> memarahinya. Entah syaitan mana yang sudah meresap
> masuk ke segenap
> urat nadinya, Malik yang sedang berang tanpa
> berfikir panjang
> menyepak kaki emaknya itu dan mengherdik," Emak ni
> selalu sebelahi
> adik.Adik buat salah pun emak salahkan saya..."
> "Malik...?! Sampai hati kau buat mak macam ni,"
> kata Mak Teh
> sambil memegang kakinya yang disepak oleh Malik.
> Walaupun tidaklah sakit, tapi pedihnya menusuk ke
> hati.
> Setitik demi setitik air matanya berlinangan. Mak
> Teh langsung tidak
> menyangka tergamak Malik menyepaknya.
> "Kalaupun kau marah Samat, takkan kaki emak yang
> kau sepak?"
> tambah Mak Teh sambil tersedu-sedan.
> "Ahhhh..."dengus Malik lalu meninggalkan ibu dan
> adiknya.
>
> Tidak lama selepas kajadian itu, Malik membawa diri
> dan bekerja
> dengan sebuah kapal. Beberapa tahun kemudian, ibunya
> meninggal dunia
> selepas terlalu menanggung kedukaan kerana kelakuan
> Malik itu. Lebih
> mendukacitakan, tidak lama kemudian Samat pula
> menyusul akibat demam
> panas. Tinggallah rumahnya kosong tidak berpenghuni.
> Semak dan samun tumbuh meliar. Labah-labah
> bersarang di
> segenap ceruk penjuru rumah yang dinding serta
> lantainya mula lapuk
> satu persatu. Satu persatu lubang bercambah, di
> atap, di dinding
> mahupun lantai. Hari berganti minggu, minggu
> berganti bulan kemudian
> meningkat ke tahun......
> Lebih 20 tahun berlalu, suatu petang orang-orang
> kampung
> terkejut apabila mendapati Malik kembali ke
> kampung.Masa itu saya
> masih budak lagi.Namun,tambah emak, tidak seperti
> orang-orang lain
> yang merantau,Pak Cik Malik pulang dengan keadaan
> kusut masai, tidak
> berwang dan tidak berharta.Kalau orang lain yang
> merantau pulang
> membawa harta,segak,bawa anak isteri dan hidup
> senang, Malik tidak
> begitu. Malah keadaannya lebih teruk lagi.
> Kasihan melihat Malik yang tidak tentu arah
> hidupnya dan
> cuma bekerja kampung, jiran-jiran
> mengahwinkannya.Tapi perkahwinan
> itu tidak dapat mengubah kehidupannya. Mereka tidak
> bahagia lantaran
> kerap bertengkar.Hanya kerana perkara yang kecil,
> Malik akan
> mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya.
> Kadangkala dipukulnya
> isteri itu. Disebabkan tiada persefahaman,selalulah
> pinggan mangkuk
> melayang.Bagaimanapun, isteri Malik amat tabah.Dia
> sentiasa bersabar
> dengan kerenah Malik. Anak-anak yang seramai empat
> orang menambahkan
> lagi kesabarannya itu.
> Apabila usia meningkat, lama-kelamaan timbul
> kesedaran di
> hati Malik. Dia mula insaf dengan kehidupannya yang
> tidak pernah
> aman. Dia juga terfikir kenapa orang lain hidup
> mewah sedangkan
> taraf hidupnya tidak pernah berubah.Malik pandai
> bertukang rumah,
> tahu berkebun dan kerap ke laut membawa rezeki yang
> lumayan tapi ke
> mana pergi wangnya itu? Itulah yang memeningkannya
> seolah-olah
> rezeki yang diterima tidak mendapat berkat. Ia
> datang seperti angin
> dan hilang seperti air lalu.
> Kini dia mula berubah. Malik tidak lagi memarahi
> isterinya
> dan anak-anaknya sesuka hati. Dia mula belajar
> menahan sabar dan
> rajin ke masjid.Suatu hari Malik berjumpa dengan
> seorang ustaz.
> Didepan ustaz itu dia meluahkan kekesalannya selama
> ini.
> "Apa sebab saya jadi macam ni,ustaz?"tanya Malik
> selepas
> meluahkan segala yang terbuku di dada.
> "Saya rasa ,awak ada buat satu kesilapan besar.Cuba
> awak
> fikirkan...."
> Lama termenung,Malik akhirnya mengaku kesalahannya
> mengekuarkan kata-kata kesat dan pernah pula
> menendang arwah ibunya
> sendiri.
> "Kalau begitu minta ampun kepada dia?"
> "Emak saya dah meninggal..."
> Ustaz mengerutkan dahi."Macam ni, susahlah.Encik
> Malik, dosa
> kepada ibu bapa tidak dapat diampunkan. Malah Nabi
> sendiri tak dapat
> memberi syafaat kapada anak yang menderhakai ibu
> bapa."
> Balik dari pertemuan itu, Malik terus pergi ke
> pusara ibunya
> dan memohon ampun. Dibacakannya ayat-ayat suci
> Al-Quran dan berdoa
> supaya Tuhan mengampunkan dosanya.
>


Let love be your energy

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my