Manusia Boleh Memilih Takdir II

Oleh Lantai kayu
15-Sep-2004 10:05
Ketiga, qadar takdir yang diberikan kita kebebasan memilihnya, tetapi kita diberitahu supaya memilih qadar takdir yang mendatangkan manfaat dan kesudahan yang baik. Jangan memilih qadar takdir yang mendatangkan mudarat dan akibat buruk.

Kita diberitahu supaya memilih:


Qadar takdir yang memberi kita mendapat ilmu berguna di dunia dan akhirat. Jangan memilih qadar takdir yang menjadikan kita jahil atau mendapat ilmu tidak berguna.


Qadar takdir yang memberi kita iman dan kepercayaan teguh, dan tetap serta benar. Jangan memilih qadar takdir yang menjadikan kita menerima pembawaan syirik dan khurafat.


Qadar takdir yang memberi kita kesihatan dan kecergasan. Jangan kita memilih qadar takdir yang menyebabkan kita segan dan malas.


Qadar takdir yang memberi kita penghidupan mewah lagi baik. Jangan memilih qadar takdir yang membawa kita kepada kesempitan hidup atau keadaan buruk.


Qadar takdir yang menyebabkan kita bertingkah-laku dengan akhlak terpuji. Jangan memilih qadar takdir yang menyebabkan kita berkelakuan buruk, hina dan keji.


Qadar takdir yang menolong kita membangunkan masyarakat yang aman damai. Jangan memilih qadar takdir yang membawa kepada bermusuhan dan keadaan membahayakan.


Qadar takdir yang menyebabkan tubuh badan dan tenaga kekuatannya tahan lama - untuk berbakti kepada Tuhan. Jangan memilih qadar takdir yang menyebabkan tubuh badan dan tenaga kekuatannya cepat susut dan segera runtuh.


Qadar takdir yang menyebabkan kita terpelihara dan terselamat daripada kemalangan atau penderitaan dunia akhirat. Jangan memilih qadar takdir yang membawa kita kepada perkara yang tidak diingini dan merugikan.


Qadar takdir yang menyebabkan kita boleh mempertahankan hak dan kebenaran, menggerunkan musuh dan menewaskannya. Jangan memilih qadar takdir yang menjadikan perkara yang hak diperhina, kebenaran dikeji serta musuh berani dan bermaharajalela.


Qadar takdir yang menyebabkan kita gemar menyediakan segala bekalan yang menyenangkan kita dalam masa musafir, berhenti dan tinggal menetap terus di akhirat. Jangan memilih qadar takdir yang menjadikan seseorang terlantar susah apabila dia terpaksa musafir kerana tempuh khidmatnya di sini sudah cukup.– Bersambung

Rujukan: http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20040914004818/Article/index_html
Ignorance is not a solution but rather a poison.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my