Sekadar Renungan

Oleh Zindagi Ekk Safar
20-Aug-2004 00:00


Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis



1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah
s.
a. w. telah bersabda:"Aku

menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan
salah satu
di

antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari



2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,
yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada
zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim



3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh,
rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda

menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan

penyanyi-penyanyi wanita"
-
Ibnu Majah



4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah
dekatnya
kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -
Riwayat Nasai.


5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga
tidak
baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan
keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat
Ahmad dan Hakim



6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat
sehingga
Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka
tiada
yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang

hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari

kemungkaran - Riwayat Ahmad



7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda
semakin
dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang
yang bodoh
dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang
diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani



8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya
di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu

mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
-
Riwayat Ahmad



9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari
Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah akan
muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya
seperti
telanjang."
"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my