'Futur Jama'i' dan Kejayaan Islam

Oleh nurizzatie..
19-Jul-2004 08:13
PENYAKIT UMMAT ISLAM - KAEDAH & CARA PENGUBATAN (DR. SAYID MUHAMMAD NUH)


'Futur Jama'i' dan Kejayaan Islam

Sekiranya seruan ini dapat menjelma menjadi angin, biarlah ia menembus ke setiap hati para pejuang, menelusup kedalam bagian yanng paling putih, menjaganya supaya tetap bersih dan suci. Agar senantiasa hadir keperkasaan. Yang senantiasa mampu menentang kelemahan. Supaya senantiasa mampu menentang kelemahan. Supaya senantiasa tertorehkan catatan emas. Hingga senantiasa jaya, Islam dan kaum Muslimin.

(Dari hati yang senantiasa risau dengan kerisauan)



Menurut lughat (bahasa), Futur bermaksud:



a) putus setelah bersambung atau tenang setelah bergerak

b) malas, lambat, pelan, setelah rajin dan bersungguh-sungguh



Adapun menurut istilah, Futur adalah satu penyakit yang menimpa sebahagian aktivis, menimpa secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatan yang terendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. dan kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali.



Firman Allah s.w.t yang bermaksud:



"Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya, mereka tidak mempunyai alasan apa untuk beribadah kepada-Nya dan tidak pula merasa letih. Mereka sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-henti"

(Al-Anbiya' : 19-20)



Maksudnya, mereka (malaikat) selalu beribadat dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagi-Nya, selalu mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada merasa lemah dan bosan.(Shafwatul Tafasir oleh Ash-Shabuni 2: 257-258).

Fenomena ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan dihadapi oleh ramai mereka yang bertangungjawab dalam mentarbiyah para aktivis dakwah. Hakikat ini adalah kerana futur merupakan sifat semula jadi manusia. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud;



“Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat.” (Riwayat Al-Bazzar)


Cerita sahabat:

Pada zaman rasulullah terdapat seorang sahabat yang pernah mengalami futur dimana pada saat itu ketika rasulullah menyerukan perang kepada seluruh kaum muslimin, hampir seluruh kaum muslimin langsung menyambut seruan itu kecuali orang-orang munafik dan orang-orang yang berhalangan tanpa alasan termasuk Ka’ab bin Malik. Akibat tindakan Ka’ab bin Malik tersebut Allah mengujinya dengan cara Rasulullah memerintahkan kepada sahabat yang lain untuk memencilkannya dan menyuruh isterinya untuk tidak menegurnya selama 50 hari.



Namun dengan keistiqomahan beliau kemudian Allah mengampuni dengan menurunkan ayat At-Taubah:118 “dan terdapat tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi menjadi sempit bagi mereka padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah (terasa) sempit oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari siksa Allah, melainkan kepada-Nya. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubat mereka. Sesungguhnya Allah lah maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.



MENGENALI AL-FUTUR

1)Apabila melakukan maksiat dan dosa berulang kali.

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai suatu kebiasaan. Sehingga pada suatu ketika individu itu semakin sukar meninggalkan kesalahan tersebut. Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Akibatnya, se¬seorang menjadi semakin berani mela¬kukan dosa dan kesalahan yang berikutnya. Anas RA pernah berkata:



'Demi Allah, nescaya kamu melakukan suatu dosa yang kamu anggap dosa itu lebih nipis dari rambut. Sedangkan kami dahulu menganggap perbuatan tersebut termasuk dalam `maubiqat' (dosa besar). "



Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan dimaafkan kecuali orang yang (berani) melakukan dosa secara terang-terangan. " (HK. Bukhari).



2)Apabila merasakan kekerasan dan kebekuan hati.



Kekerasan hati laksana batu keras yang tak dapat diubah atau dipengaruhi oleh kejadian-kejadian di sekitarnya serta sukar menerima teguran dan nasihat.



3)Apabila diri merasakan kesukaran untuk tekun dalam beribadah.



Seperti sukar untuk khusyuk dalam solat, ketika berzikir, membaca al-Qur'an dan berdoa.



4)Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah



Atau merasa cenderung untuk meremehkan amalan dan ibadahnya. Contohnya enggan atau meremehkan kehadiran solat berjamaah atau menunaikan solat di awal waktu. Ketika dia menunaikan amal ibadah, ia hanya merupakan aktiviti yang kosong dari roh. Allah SWT menyifatkan orang munafiq dalam firman Nya:

`Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. " (QS. an-Nisaa':142).



5)Apabila perasaan cepat dilanda gelisah.



Malah dada begitu terasa menyesak laksana orang yang sedang menghadapi masalah berat

yang menghimpit, sedangkan masalah dihadapi hanyalah masalah yang remeh saja. Juga rasa tidak tabah dan `pucat lesi' ketika menghadapi musibah atau cubaan.



6)Apabila suasana jiwa yang tak tersentuh dengan kandungan ayat suci al¬Qur'an.



Sama ada ayat itu berupa janji, ancaman, perintah, mahupun larangan. Timbulnya sikap malas untuk mendengar dan menyemak al-Qur'an, apatah lagi membacanya.



7)Apabila lalai atau malu mengamalkan zikir.



Dengan alasan zikir adalah suatu yang sukar malah merasakannya sebagai amalan yang berat. Firman Allah SWT: "Dan, mereka tidak menyebut-Allah kecuali hanya sedikit sekali." (QS. an-Nisaa:142)



8)Apabila berkurangnya rasa marah atau tidak terusik langsung hati untuk merasa marah tatkala melihat kemungkaran atau perlanggaran peraturan dan hukum yang diharamkan Allah SWT.



Berkurangnya rasa cinta atau lenyap sama sekali kecintaan terhadap perbuatan ma'ruf dan keta'atan. Atau dengan kata lain, segala permasalahan di anggap sama, sehingga tak terdetik dalam hati untuk melarang kemungkaran atau mengan¬jurkan kebaikan. Sesiapa yang dilanda kemalasan ini adalah seseorang yang enggan untuk aktif dalam dakwah Islam.



9)Apabila menilai sesuatu hanya dari segi perkara tersebut itu dosa atau tidak sahaja dan tidak melihat dari sudut perbuatan yang makruh.



Kebanyakan orang apabila ingin melakukan perbuatan, ia bertanya adakah perbuatan tersebut dosa atau tidak? Ini merupakan sesuatu yang baik. Namun yang lebih baik adalah bertanya dcngan soalan "Adakah perkara tersebut haram atau makruh ?" kerana perkara yang makruh akan menyeret seseorang kepada perkara syubahat. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim "Barangsiapa yang terjerumus dalam syubahat, bererti ia berada dalam yang haram”.



10)Apabila kurang memberi perhatian terhadap urusan atau hal ehwal umat Islam.



Tidak pernah atau tidak mahu mendoakan saudara seIslam mereka apatah lagi mengeluarkan infaq (sumbangan/ perbelanjaan) untuk mereka. Perasaannya begitu dingin dan 'beku', ketika menyaksikan permasalahan umat Islam yang sedang dikuasai musuh, ditindas, dizalimi, diseksa dan sebagainya. Malah merasa bersyukur dan gembira kerana tidak tertimpa musibah tersebut. Tidak pernah prihatin atau tidak pernah mahu bersusah payah berjuang untuk mengatasi keadaan umat Islam juga merupakan suatu petunjuk atau indikasi ketiadaan rasa tanggung jawab terhadap agama.



Secara jelas Rasulullah SAW telah bersabda antara lain "Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai buat dirinya" malah dalam hadis baginda yang lain pula : " Seorang muslim adalah saudara muslim, tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya tidak menolongnya. Barangsiapa yang memerhatikan keperluan saudaranya maka Allah memerhatikan keperluannya. Barangsiapa melepaskan kesusahan saudaranya, maka Allah akan melepakan kesusahannya di hari Kiamat.. ... "



11)Apabila cenderung memperbanyakkan perdebatan dan menjauhi urusan amal.



Perdebatan yang berlebihan atau berbantah-bantah yang terlalu kerap ditambah pula tanpa hujah yang benar dan tepat, atau tanpa pengetahuan dan dalil yang jelas justeru menjadikan hati menjadi keras dan beku. Malah yang lebih menakutkan adalah sebagai sebab munculnya benih-benih perpecahan.



12)Apabila terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.



Keadaan terlalu memerhatikan urusan dunia hingga berlebih-le¬bihan dalam memerhatikan diri sendiri, baik dalam masalah makan, minum, pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya.



13)Apabila menghindar atau memisahkan diri dari persekitaran persahabatan dengan orang-orang baik.



Muncul rasa tidak selesa atau kurang enak apabila berada di dalam suasana dan persekitaran orang-orang yang berjuang di jalan Allah.





Kenapa Futur Berlaku?



Sebahagian dari langkah untuk menangani futur ialah memahami sebab ia berlaku. Dengan itu, kita dapat berusaha mencegah, menjangkakan atau mendiagnosnya, setelah itu merawatnya dengan preskripsi yang betul. Futur berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut;



1. Melakukan amalan agama secara berlebihan, melampau atau memaksa diri.



Ramai aktivis dakwah begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga tidak memerhatikan aturan alam, anjuran Islam dan keupayaan diri. Akhirnya apabila naluri semulajadi futur muncul, ia menjadi lemah, jenuh dan bosan sebagaimana yang dinyatakan oleh hadits di atas. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w menganjurkan dalam sabdanya yang bermaksud;

“Jangan kamu memberat-beratkan diri. Nanti akan diberatkan ke atasmu.” (Riwayat Abu Daud)

“Tidaklah seseorang memberatkan diri dalam bergama, melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (Riwayat Al-Bukhari)



Oleh itu, pembimbing tarbiyah mestilah mendidik aktivis dakwah untuk mengikuti anjuran Rasulullah s.a.w dalam hadits yang bermaksud;



“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingg akamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yanag dilakukan secara rutin walau pun sedikit.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



2. Suka berlebih-lebih dalam perkara yang mubah.



Satu contoh ialah berlebihan dalam pemakanan. Walau pun makan adalah satu keharusan tetapi apabila seseorang itu berlebihan dalamnya, ia akan memberi kesan kepada tubuh dan rohaninya. Badannya menjadi gemuk dan berat untuk aktif yang menatijahkan rasa malas.

Contoh lain ialah tabiat melunsur internet atau berchat. Apabila seseorang berlebihan dalamnya, ia akan merasa ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk melunsur dan berchat. Akibatnya masa untuk dakwah menjadi kurang dan ia sering merasa konflik antara menggunakan masa untuk amal dakwah dengan tabiat melunsur dan berchat.

Untuk menjauhi futur, perlulah aktivis dakwah ditarbiyah agar berpada dalam perkara yang mubah.



3. Suka bersendiri dan berjauhan dari berjamaah.



Apabila seorang aktivis suka bersendiri, maka dia telah hilang satu benteng pertahanan dari syaitan kerana Rasulullah s.a.w bersabda bahawa syaitan itu lebih dekat kepada seorang dari kepada dua orang dan lebih dekat kepada dua orang dari kepada tiga orang. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal dakwah.

Oleh itu, aktivis dakwah mestilah dididik untuk melazimi teman-teman aktivis seorganisasi bagi mengelakkan futur. Pembimbing tarbiyah pula mestilah berusaha untuk sentiasa membina kemesraan aktivis dakwah dengan organisasinya dan memastikan kemesraan yang berterusan sesama aktivis.



4. Kurang mengingati mati dan Akhirat.



Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan siksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri.

Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk ditarbiyah agar mempunyai rutin ibadah tertentu yang akan terus mengingatkannya akan akhirat, bukan hanya bercakap mengenai fikrah atau menumpu pada kemahiran semata-mata.



5. Lengah dengan syubhat dan dosa.



Manusia akan pasti melakukan silap dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.



6. Membataskan aktiviti pada aspek tertentu sahaja.



Antara punca rasa jemu ialah tiada kepelbagaian. Oleh itu, pembimbing tarbiyah hendaklah membimbing para aktivis dakwah untuk mempelbagaikan segala tidakannya. Ia mesti mempelbagaikan ibadah mereka agar apabila mereka jemu pada satu ibadah, mereka masih melazimi satu ibadah yang lain. Ia mesti mempelbagaikan corak amal dakwah mereka agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Dengan itu, kemungkinan futur menjadi rendah.



7. Melupakan sunnah alam.



Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa.

Termasuk dalam memelihara sunnah alam ialah menunaikan hak badan, keluarga dan hak-hak lain. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;



“Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu, keluargamu jug amempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)



Selain pembimbing tarbiyah sentiasa memerhatikan aspek ini dalam diri para aktivis, dia hendaklah memastikan agar tidak menjadi punca para aktivis mengabaikan hak-hak yang lain dengan memberi tugas-tugas atau tuntutan yang berlebihan.



8. Tidak ada persiapan menghadapi cabaran di jalan dakwah.



Jalan dakwah sentiasa dipenuhi oleh ujian. Seseorang yang tidak bersedia atau mempunyai persiapan akan pasti ditewaskan oleh ujian ini. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk melalui program tarbiyah yang sistematik sebagai salah satu mekanisme persiapan di jalan dakwah.

Pembimbing tarbiyah tidak boleh hanya seronok melihat kesibukan aktivis dakwah dengan pelbagai projek sehingga tidak ada masa untuk tarbiyah.



9. Lebih banyak bercampur dengan teman-teman.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud;

“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Riwayat Abu Daud)

Maka sebab itu penting bagi pembimbing tarbiyah untuk membina kemesraan dengan para aktivis dan kemesraan sesama mereka. Dengan kemesraan itu, mereka saling mengasihi dan menjadi teman yang terbaik antara satu sama lain. Dengan itu juga, mereka tidak condong kepada golongan-golongan lain untuk dijadikan teman. Ini adalah cara yang lebih baik dari cuba control atau halang seseorang aktivis dari berkawan dengan yang lain.



10. Bekerja untuk dakwah tanpa bersistem.



Apabila seseorang bekerja tanpa ikut sistem dan perancangan yang baik, ia akan memenatkan diri sendiri dan kurang mendapat hasil yang baik. Ini pastinya akan menjejas semangat dan komitmennya.



Menjadi tanggungjawab pembimbing tarbiyah untuk menyepadukan pembinaan kemahiran yang betul sebagai sebahagian dari program tarbiyah bag imengelakkan faktor ini. Di samping itu, pembimbing tarbiyah sendiri mestilah menjadi contoh yang baik.



Cara-cara menghadapi al-futur



1)Membaca dan merenung kandungan al-Qur'an



"Dan Kami turunkan al - Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman" (QS al-Isra:82).



Ada dua perkara yang dianjurkan oleh Ibnul Qayyim bagi mengatasi kemalasan yang muncul dari kekerasan hati. Pertama, alihkan hatirnu dari dunia, lalu tempatkan ia di akhirat. Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada penger¬tian-pengertian al-Qur'an, me¬mikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan serta amati semua ayat-ayat Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.



2)Merasakan keagungan Allah



Mengamati dan memikirkan nas-nas al¬Qur'an dan juga ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) lainnya merupakan sarana yang paling bermanfaat untuk mengubati jiwa yang dilanda lemah iman. Antara ungkapan indah dari lbnul Qayyim Rahimahumullahketika mensifatkan keagungan Allah: "Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan, menjadikan malam dan siang, menggantikan hari demi hari di antara manusia, membalikkan ke¬kuasaan dan menggantikannya de¬ngan kekuasaan yang lain, urusan dan kekuasaan-Nya berlaku di bumi serta diantara keduanya, di lautan dan di daratan. Ilmu Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.



Pendengaran Nya mencakupi berbagai suara dan tak ada yang menyerupai Nya. Bahkan Dia dapat mendengar suara hiruk pikuk yang saling bertindih dengan berbagai perbezaan bahasa, pendengaran¬Nya tak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus-menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang¬orang yang mempunyai keperluan. Pengli¬hatan-Nya meliputi segala sesuatu yang tampak, sehingga Dia mampu melihat langkah-langkah kaki semut hitam di tengah-¬tengah padang pasir yang luas terbentang di tengah malam gelap gulita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelas bagi-Nya. Firman Allah:



"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. " (QS ar-Rahman: 29).



3)Mendalami ilmu syar'i



Maksudnya ialah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu-ilmu syari'at, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga, azab pedih di neraka, hikmah syari'at, masalah halal dan haram, perjalanan hidup para anbiya' dan pelbagai perkara yang tak terhitung manfaatnya.



Allah SWT berfirman:`Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS az-Zumar:9).



4)Mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh



Keadaan seseorang banyak ditentukan oleh persekitarannya. Lingkungan yang baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang akan mendapat teguran dan bimbingan tatkala melakukan kesalahan. Di sana pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati. Demikianlah mekanisme yang hidup pada zaman para salafushalih. Mereka gemar dan sentiasa bersemangat ketika bertemu dengan saudaranya mengadakan pertemuan-pertemuan untuk majlis zikrullah , sehingga iman mereka terus bertambah. Muadz bin Jabbal RA pernah berkata kepada seorang laki-laki: "Duduklah bersama kami untuk beriman sejenak (untuk memperbaharui iman)”



5)Memperbanyakkan amal soleh



Amal soleh mampu memberikan pengaruh yang amat ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kebaikan dan apa sahaja amal soleh pasti jiwa merasa kedamaiannya. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan untuk melakukan amal soleh. Antaranya adalah:



Pertama, berusahalah sesegera mungkin melaksanakannya. Allah SWT berfirman: "Bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-¬orang yang bertaqwa. ": (QS Ali Imran: 33).



Kedua, berusaha melakukan amal soleh secara berterusan. Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah SAW berkata tentang Rabbnya: "Hamba-Ku sentiasa bertagarrub kepada Ku dengan mengerjakan amalan nafilah (sunat sehingga Aku mencintainya. " Kalimat "ma yazalu" yang dinyatakan dalam hadis di atas menunjukkan pengertian secara berterusan.



Ketiga, menjaga berterusannya amalan tersebut hingga tidak menimbulkan rasa bosan. Di antaranya caranya adalah bersikap variatif dalam melaksanakan ibadah, menjaga keseimbangan dan tidak terlalu berlebihan. Rasulullah SAW ber¬sabda: "Sesungguhnya dien itu adalah mudah, dan tidaklah dien itu dikeraskan oleh seseorang melainkan justeru ia akan dikalahkan, maka berbuatlah yang lurus dan sederhana. "



Keempat, mengulang amalan yang tertinggal dan yang terlupa. Sikap ini penting bagi memastikan kita sentiasa mengikat diri dengan amal soleh. Rasulullah SAW bersabda: `Barangsiapa yang tertidur hingga ketinggalan bacaan wiridnya dan sebahagian malam atau sebahagian bacaan wirid, lalu ia membacanya lagi antara solat subuh dan solat Zohor, maka ditetapkan baginya seakan-akan dia membacanya pada malam itu. "(HR, an-Nasa i).



Kelima, menumbuhkan perasaan pengharapan agar segala amal yang dilakukan diterima, dan khuatir amalannya ditolak oleh allah SWT. Pengharapan ini tentulah disertai dengan usaha dalam amal¬-amal soleh.



6)Tumbuhkan rasa takut su'ul khatimah (kesudahan yang buruk)



Takut kepada su'ul khatimah akan mendorong seorang muslim untuk taat dan memperbaharui iman di dalam dada. Pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW seorang laki-laki dari pasukan kaum muslimin yang melakukan serangan demikian hebat. Namun, tatkala masalah tersebut diberitahu kepada Rasulullah, beliau bersabda: "Dia benar-benar menjadi penghuni neraka..... Mengapa pula ya, Rasulullah?". jawapannya ditemui kemudian. Ternyata ketika berada di medan peperangan tersebut, ia menderita luka parah dan menanti ajal yang tak kunjung tiba. Akhirnya, kesabarannya hilang dan orang tersebut mengambil pedang untuk membunuh dirinya sendiri.



7)Banyak mengingati Mati



Mengingati mati juga akan membenteng seseorang dari derhaka kepada Allah manakala hati yang keras boleh berubah menjadi lunak. Tidaklah seseorang itu mengingati mati tatkala dia dilanda kehidupann yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang. Di antara cara yang paling penting untuk mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis, mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor." (HR. Hakim)



8)Kepatuhan dan Berlepas Diri



Ertinya saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta memusuhi dan berlepas diri dari orang-¬orang kafir. Hati yang bergantung dan terpaut pada musush-musuh Allah, akan menjadi lemah. Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, bila kepatuhan dimurnikan dan hanya kepada Allah SWT maka ia akan menghidupkan keimanan dan semangat dalam hati.



9)Memuhasabah jiwa tatkala datang kelemahan



Menurut Ibnu al- Qayyim, hati itu memiliki dua sikap: menerima dan menolak. Manfaatkanlah dua situasi itu, sama ada ketika ia cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkanlah amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam. Dan pada ketika hati sedang menolak (futur), ikatlah hati dengan melakukan amal-amal wajib. Berinteraksilah dengan hati dalam keadaan lemah-lembut sehingga sampai saatnya ia cenderung untuk menerima kembali.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah, apa pendapat anda bila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?" Rasul menjawab: "Peliharalah keburukanmu dari manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu."



9)Menelaah kisah teladan salafussoleh.



Sikap dan keteladanan salafussoleh termasuk para ulama dan mujahidin hingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga menyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan para salafussoleh sebagai qudwah



Bahaya Futur

Walau pun futur adalah sesuutu yang lumrah berlaku dalam diri manusia tetapi ia mestilah diurus, sebagaimana yang diajarkan oleh hadits di atas dengan memalingkan perasaan itu kepada sesuatu yang sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan mengkibatkan kesan buruk. Antara kesan buruk itu ialah;



1.Pengabaian kepada amanah.



Futur menyebabkan seorang aktivis dakwah bermalas dalam menunaikan tugas dakwahnya. Ini kadangkala sehingga menyebabkan tugas berkenaan lewat disempurnakan atau terbengkalai sehingga mengganggu keseluruhan projek yang hendak dilaksanakan. Apa jua pengabaian kepada kewajiban adalah pelanggaran amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.



2. Gugur dari jalan dakwah.



Sekiranya futur tidak ditangani atau dibiarkan tanpa dirawat, ia akan menjadi satu tabiat. Lama-lama, perasaan ini menjadi sebati dan aktivis berkenaan menjadi semakin jauh dari amal dakwah. Akhirnya, ia terus tidak lagi terbabit dalam amal dakwah. Apabila seorang itu gugur dari jalan dakwah, maka ia telah hilang banyak kebaikan dari usaha dakwah. Lebih buruk lagi, ia telah mengabaikan kewajiban dakwah yang ditaklifkan ke atasnya sebagai seorang Muslim.



3. Mengakhiri kehidupan dalam keadaan yang futur.



Apabila seseorang itu berlama-lama dalam keadaan futur sehingga menjadi kebiasaannya, maka ia menanggung risiko besar untuk mati dalam keadaan sedemikian kerana dia tidak tahu akan masa kematiannya. Adalah ditakuti, jika Allah taala mengambil nyawanya sedangkan dia dalam keadaan futur, sedangkan Allah taala menghisab amal manusia berdasarkan akhir hayatnya. Maka sebab itulah, Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;



“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas...” (Riwayat Abu Daud)



Di dalam sebuah hadits, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli syurga, dan ada pula yang mengamalkan amalan ahli syurga padahal ia termasuk ahli neraka. Sesungguhnya amal itu tergantung pada kesudahannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa...

Sent to mailing list : 8/6/2004 7:20:05 AM

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my