Dari sahabat utk sahabat...

Oleh MoHaMaD KaMaL AhMaD
19-Jul-2004 08:09
Sabda Rasullullah SWT
Sesungguhnya seandainya dajjal itu muncul pada zaman
kamu(zaman Tabiin) nescaya budak budak akan
melemparnya dengan batu tetapi ia kan muncul disaat
bilangan umat islam yang kuat beragama itu tapi
sedikit pengetahuan agama dan orang ketika itu hidup
dengan tidak memperdulikan nasib saudaranya seagama.
(HR Al hakim)

Dalam keghairahan mengejar wawasan kebendaan hari ini,
kebanyakkan manusia tidak sedar bahawa mereka telah
dibuai dengan mimpi mimpi indah yang disogokkan
melalui teknologi, bahawa segala kemajuan itu akan
membawa kepada kemulian, kemerdekaan, kecanggihan,
kemewahan dan kebahgian yang muktamad.

Malangnya dalam keghairahan manusia mengejar khayalan
tersebut, tanpa disedari mereka telah menggadai
kebebasan, pemikiran dan agamanya. dalam hal ini
realitinya, pesona teknologi telah mengakibatkan umat
islam sedunia telah merelakan diri mereka dibelenggu
secara total melalui teknologi yang dikuasi oleh orang
orang kafir sehinggakan secara tidak sedar keyakinan
kepada Allah kini diganti dengan matlamat 'menjaga
perut dan nafsu' semata, dan rasa berani diganti
dengan rasa takut pada orang-orang kafir.

Dengan cara ini orang orang kafir mengira mereka telah
merantai seluruh umat manusia, melalui belenggu
teknologi yang memindahkan takut kepada Allah kepada
takut pada mereka. Apalagi bila kaum kafir ini
membunuh, merampas, merogol orang orang islam TIDAK
ada kebangkitan orang orang islam untuk bersatu
menentang mereka malahan kebanyakan dari negara negara
islam turut membantu mereka menjadikan mereka
bertambah yakin dan megah dan terhinalah bangsa islam
dimata mereka yang bolih mereka perlakukan apa sahaja
kerana negara islam takut dengan teknologi mereka.
Kiblat orang orang islam bertukar arah cuma zahirnya
sahaja masih kemekkah.

Sebuah hadis menyebut Allah SWT tidak pernah
mengabaikan kebaikkan sesaorang mukmin. segala
kebaikannya akan dibalasi didunia dan diakhirat.
Sesaorang kafir yang melakukan kebaikan didunia akan
dibalas HANYA didunia sahaja.

Sebuah hadis lagi Dunia ini tidak bersih bagi orang
mukmin bagaimanapun juga dunia ini adalah rumah
penjaranya dan balanya, dan dunia ini adalah syurga
orang orang kafir.

Kesimpulannya, Orang orang yang tidak beriman kepada
Allah SWT akan diberi ganjaran bagi segala kebaikannya
semasa ia hidup didunia lagi. Maka lebih banyak
kebaikan yang dilakukannya maka lebih banyaklah
kesenangan duniawi yang diperolehinya. Sedangkan bagi
orang orang yang beriman kepada Allah SWT ganjaran
sebenarnya untuk iman dan kebaikannya menanti dialam
akhirat kelak. kebanyakkan dosa dosanya akan dibalasi
semasa hayatnya didunia lagi. Oleh itu lebih banyak
sesaorang itu melakukan dosa lebih sukar dan peritlah
kehidupannya didunia.
Disini terletaknya jawapan mengapa umat islam hari ini
berada dalam situasi yang cukup aib dan menghinakan.
Apabila ajaran islam diperlekehkan dan dianak tirikan,
diambil pulak cara hidup orang orang barat yang anti
ketuhanan itu malah diagung agungkannya pulak, apakah
lagi harapan untuk ummah hari ini ????

Rasullullah SAW bersabda bahawa Allah SWT pernah
berfirman yang maksudnya Kalau tidak kerana orang
orang mukmin berasa dukacita melihatkan kesenangan
yang dicapai oleh orang lain berbanding dengan
kesusahan mereka sudah tentu Aku akan litupkan orang
orang kafir dengan tirai tirai besi supaya menjadi
kebal daripada kesusahan, agar mereka tidak sedikitpun
merasa susah dan Aku hamparkan dunia kepada mereka.

Renung baik baik sabda Rasullullah SAW
Apabila kamu melihat sesaorang yang melakukan berbagai
kejahatan dan dosa sedangkan dirinya masih tetap
bergelumang dengan kenikmatan dan kesenangan duniawi
maka itulah istidraj (penangguhan hukuman).
lalu baginda membacakan ayat berikut yang bermaksud
Takkala mereka lupa akan apa yang diperingatkan kepada
mereka, kami bukankan bagi mereka beberapa pintu
nikmat dan kesenangan sehingga apabila mereka telah
bersuka ria dengan kesenangan yang mereka dapat lalu
dengan sekoyong koyong Kami seksa mereka,
sehingga mereka berputus asa. Maka hapuslah akhirnya
kaum yang aniaya dan puji pujian bagi Allah Tuhan
semesta alam ( Al Anaam:45-45)

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my