Solat

Oleh raudah
25-Jun-2004 07:44
Pada hari Sabtu yang lepas (26/07/03) saya telah diperlihatkan
dengan suatu kejadian yg sukar saya lupakan dlm hidup saya!
Terasa diri saya ini sungguh kerdil dan hina.
Saya telah pergi ke sebuah masjid di Taman Keramat utk menunaikan
solat Zohor. Saya sampai di masjid tersebut ketika azan sedang
berkumandang. Saya terus ke paip air utk mengambil wudhuk. Sedang
saya mengambil wudhuk, saya terlihat seorang hamba Allah sedang
bersusah-payah datang ke masjid tersebut! Untuk perhatian anda
jalan yg sedia ada utk sampai ke masjid tersebut tidaklah berapa
elok. Tetapi hamba Allah ini menggagahi diri utk datang ke masjid
utk solat berjemaah.Yang membuatkan saya terharu ialah, hamba
Allah tersebut bukanlah insan biasa seperti kita!!!

Kedua-dua kakinya lumpuh, tangan kirinya lemah dan tangan
kanannya tidak lurus seperti kita! Dia menaiki kerusi roda
tersebut sambil tangan kanannya memusingkan roda dan payung
dikepit di antara leher dan bahu. Bayangkan betapa susahnya untuk
kita membayangkan keadaan beliau yang begitu pilu. Berat mata
memandang berat lagi bahu memikul!!! Lalu dia masuk ke mesjid
untuk merebut saf pertama. Bukan itu saja, setelah selesai
sembahyang, hamba Allah tersebut merebut peluang untuk bersalaman
dengan hampir kesemua jemaah yg hadir (lebih kurang 3 saf).
Bayangkan betapa ikhlasnya hati beliau untuk bersalam mesra
dengan jemaah yg hadir walupun keadaan beliau tidak lah sempurna
seperti kita.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, adakah kita akan
berkelakuan seperti beliau apabila kita berada dlm situasi
beliau? Bagi saya sendiri, baru demam sikit dah rasa malas nak
sembahyang. Inikan pula dlm keadaan beliau. Ketika itu saya
rasakan bahawa diri saya sungguh hina lagi keji berbanding dengan
hamba Allah tersebut. Cuba kita tanya diri kita sendiri, b erapa
kerap kita melakukan sembahyang berjemaah ketika kita sihat
walafiat? Di dalam kubur nanti kita akan ditanya, ke manakah kita
gunakan kaki kita? Apakah jawapan kita? Sedangkan hamba Allah yg
"lumpuh" itu pun mengambil berat akan amalan yg dilakukan oleh
kakinya walaupun tidak berfungsi seperti kita! Inikan kita pulak
yg di kurniakan "nikmat" kaki. Renungkanlah, sejauh manakah
perjalanan kita di dunia ini. Sebelum saya berundur,
renungkanlah pepatah dibawah untuk kesejahteraan kita bersama...

APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN!
APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG!

BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG ITU...

Semoga Allah merahmati kita bersama....

Wassalam

Hamba Allah yg Ikhlas.

*copy n paste.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my