Dia menjawab: “Aku dalam keadaan baik.â€
Syaddad berkata kepadanya: “Bergembiralah engkau dengan perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah berfirman: Apabila aku menguji seseorang daripada hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu dia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu, maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan.
“Allah berfirman kepada malaikat penulis amal itu: Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat.â€
Apabila kita menghidap sesuatu penyakit, janganlah terus menyifatkannya sebagai satu bebanan atau kesengsaraan atau kerana Allah tidak sayang kepada kita. Ini adalah kerana apa yang ditimpakan Allah terhadap umat-Nya, semuanya mempunyai hikmah yang hanya dapati diselami oleh orang yang benar-benar bertakwa dan beriman kepada-Nya.
Kita hendaklah menerima penyakit itu dengan reda kerana ia adalah atas takdir-Nya serta menjadi ujian terhadap sesiapa saja yang menghidapnya.
Orang yang beriman kepada Allah akan menyifatkan penyakit itu sebagai ujian atau dugaan terhadapnya. Atau ia mungkin sebagai peringatan atau amaran kepadanya supaya bertaubat dan menginsafi segala perbuatan buruk yang pernah dilakukan sebelum ini.
Janganlah kita sekali-kali ‘memarahi’ Allah kerana penyakit yang dihidapi. Ini menghampirkan kita kepada mengengkari ketentuan-Nya. Sebaliknya, kita harus terus mengingati kebesaran Allah yang Maha Berkuasa dalam menentukan senang atau susah, sihat atau sakit seseorang itu.
Dengan terus mengingati Allah dan kebesaran-Nya, kita akan insaf dan reda dengan apa yang ditimpakan-Nya terhadap kita.
.copy and paste.....

"Aku ke mari dgn tangan kosong, menadah harapan dgn tangan terbuka, memohon maaf dgn tangan terhulur . Setiap waktu dan tika."