Sekadar Renungan Bersama

Oleh * wawaâ„¢ *
31-Jul-2002 13:41

Pada satu zaman dahulu tinggal seorang raja yang kaya raya dan menpunyai 4 orang isteri. Baginda amat menyayangi permaisuri nya yang ke-empat dan menghiaskan nya dgn pakaian-pakaian yang mahal-mahal dan memberi nya makanan yang enak-enak yang tidak pernah kita bayangkan. Baginda juga amat menyayangi permaisurinya yang ke-tiga dan selalu memuji-muji dan dgn megahnya menunjukkan permaisurinya di khalayak ramai dan raja-raja di istana berjiran. Tetapi baginda amat bimbang jika suatu hari nanti permaisurinya itu akan meninggalkan baginda untuk raja-raja lain. Baginda juga amat mencintai dan menyayangi permaisuri nya yang ke-dua kerana permaisuri nya itu adalah tulang belakang yang telah menjadi semangat kepada baginda baik dalam susah dan senang.


Permaisuri juga adalah penolong dan perdengar yang setia. Sebaliknya berlaku kepada permaisuri baginda yang pertama, walaupun permaisuri nya itu seorang yang setia, amat mencintai baginda dan telah bersama menjaga kebaikan hal ehwal istana dan segala harta benda baginda, baginda raja amat benci dengan permaisuri nya itu dan tidak pernah ambil pusing tentang keadaannya. Suatu hari si raja telah jatuh sakit dan apabila menyedari bahawa maut sudah menghampiri baginda pun termenung terkenang betapa kaya dah mewah baginda di dunia tetapi akan berasa kesunyian bila maut tiba…. Dengan itu baginda pun bertanya kepada permaisurinya yang ke-empat “ Saya telah menyayangi awak sepenuhnya dan memberi segala pakaian yang mahal-mahal dan prihatin terhadap awak.Sekarang saya sudah tua dan maut semakin hampir,sudikah awak ikut saya dan temankan saya ke ‘sana’.? Si permaisuri pun menjawab: Jauh panggang dari api.! (Permaisuri pun bergegas meninggalkan si raja yang tenat.) Bagai pisau yang tajam menghiris hati si raja. Dengan sedih, si raja pun bertanya pula pada permaisuri yang ke-tiga “Saya telah menyayangi awak sepanjang hidup saya, sekarang maut menanti saya, sdikah awak ikut dan menemani saya?” Si permaisuri pun menjawab: Oh tidak!! Hidup di dunia ni terlalu seronok.Kalau baginda mangkat , saya akan berkahwin lain!. Hati si raja terhempas dan berkecai mendengar pengakuan permaisurinya itu. Lalu si raja pun berpaling kepada permaisuri yang ke-dua dan bertanya: “Saya selalu bersam awak dalam susah dan senang dan awak selalu menghulurkan bantuan tanpa batasan kepada saya,sudikah awak ikut dan temankan saya? Dgn selamba si permaisuri pun menjawab: Mintak ampun lah banyak-banyak baginda,kalau nak ikut tu tak bolehlah tapi kalau setakat nak hantar ke pusara tu bolehlah kan. Jawapan permaisurinya itu bagai halilintar menusuk ke hati si raja. Si raja tunduk dgn sedih mengenangkan nasib nya. Tiba-tiba baginda terdengar satu suara. “ Saya akan ikut dan menemani baginda ke mana saja baginda pergi dan tidak akan sekali-kali meninggalkan baginda.” Hati si raja terharu melihat permaisuri nya yang pertama yang kurus melidi dan pucat bagai mayat itu kerana kurang zat makanan. Si raja pun berkata “ Sepatutnya saya menjaga dan membelai awak semasa saya ada peluang!.”

SEBENARNYA SETIAP MANUSIA ITU PUNYA 4 ISTERI/SUAMI . ISTERI/SUAMI YANG KE-EMPAT ITU ADALAH BADAN KITA, WALAU SECANTIK DAN SEMAHAL MANA KITA MENGHIASNYE, IANYA AKAN LUPUT APABILA MAUT MENJEMPUT DAN IANYA AKAN DITINGGALKAN BUAT SELAMA-LAMANYA. ISTERI/SUAMI YANG KETIGA ADALAH KEKAYAAN DAN PANGKAT YANG ADA PADA KITA.SETELAH MATI SEMUA ITU AKAN MENJADI MILIK ORANG LAIN. ISTERI/SUAMI YANG KEDUA ITU ADALAH KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA KITA. SEJAUH MANA MEREKA MENOLONG DAN MEMBANTU KITA,MEREKA HANYA MAMPU MENGHANTAR KITA KE PUSARA.HANYA DOA MENJADI HARAPAN. MANAKALA ISTERI PERTAMA ADALAH ROH KITA YANG SELALU DIABAIKAN DEK MENGEJAR KEKAYAAN,NAMA DAN PANGKAT DIDUNIA.TETAPI ROH YANG DIPENUHI DGN IMAN DAN TAQWA KEPADA ALLAH(SAW) AKAN SENTIASA BERSAMA DI SISI DALAM SUSAH DAN SENANG DAN JUGA ALAM BARZAKH. OLEH ITU PENUHKAN JIWA DAN HATI KAMU SEMUA DENGAN IMAN DAN TAQWA.DAN BERAMALAH SELALU DAN JAGALAH IA SUPAYA SENTIASA BERSIH DAN MULIA DI SISI ALLAH YANG MAHA AGUNG. SEMOGA KALIAN MENDAPAT MANFAAT DARI KIASAN CERITA YANG SAYA CORETKAN DISINI. DAN IANYA TIDA KAITAN DGN YANG HIDUP ATAU YANG MATI.


*sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan.. kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan*

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my