Ahhh...Manisnya....

Oleh Itaarissa
04-Aug-2003 19:08
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng.
Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu.

Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya
sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan
manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap
disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung-
kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti
bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum
mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam.
Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia
bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok nko asik bertanya pasal Islam ni, Seng,"
kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan
tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng. "Aku nak tanya lak. Nko
bertanya ni sebab nko dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau nko
nak masuk Islam? Atau nko cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman. "Eh...takde
le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan
besar dikalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man,"
katanya lagi.

Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkayCina ini.
Tapi..."Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu
sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan
dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan. "Saya bukan jer bertanya
tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan
tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak. Tak tau
le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama
yang diamalkan keluarga saya."

"Oh...camtu rupanya. Lalu apa yang nko dapat dalam perbandingan
ugama ni," tanya Haji Seman. "Dimana nko letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak
larangannya. Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng...Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka
takutkan. "Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya
mencapai manggis dari keranjang.

"Nko tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah
yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang
jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo nko tengok. Nko tenung lama-
lama. Ada jer yang nko nak komen. Misalnya kulit dia tebal le.
Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau
kekuningan lak. Macam-macam le nko leh komen kalo nko nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan
penjelasannya. "Tapi bila nko kupas kulit dia. Nko tengok. Putih isi
dia. Nko ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang
dikatanya. "Mmmm...manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Nko cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi
orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat
gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun
solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak
solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila nko mengetahui isi segala apa yang diperintah itu nko
akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya."

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak
pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk
menjelaskan tentang Islam.



 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my