Amal yang Tetap Bermakna

Oleh xMeNg
03-Aug-2003 15:41
Berhati-hatilah bagi orang-orang yang ibadahnya mengikut waktu atau bermusim, kerana boleh jadi perbuatan tersebut merupakan tanda-tanda keikhlasannya belum sempurna. Kerana aktiviti ibadah yang dilakukan secara bermusim, tiada lain ukurannya adalah urusan duniawi.

Ia hanya akan dilakukan kalau sedang memerlukan sesuatu, sedang dilanda musibah, atau sedang disempitkan dengan ujian dan kesusahan, meningkatlah amal ibadahnya. Tidak demikian halnya ketika pertolongan ALLAH datang, kemudahan menghampiri, kesenangan melimpah-ruah, kemampuannya bersenang-senangnya bersama ALLAH semakin menghilang.

Bagi yang amalnya bermusim, ketika menjelang pernikahan tiba-tiba saja ibadahnya jadi meningkat, solat wajib tepat waktu, tahajud nampak khusuk, tapi anehnya ketika sudah menikah, jangankan tahajud, solat subuh pun terlambat. Ini adalah perbuatan yang memalukan. Sudah diberi kesenangan, justru malah melalaikan perintah-Nya. Seharusnya sesudah menikah berusaha lebih gigih lagi dalam ber-taqarrub kepada ALLAH sebagai bentuk ungkapan rasa syukur.

Ketika berwudhu, misalnya, jika disamping kita ada seorang ulama yang cukup terkenal dan disegani, wudhu kita pun secara sedar atau tidak tiba-tiba dibagus-baguskan. Tetapi ketika tiada siapa pun yang melihat, wudhu kita pun kembali dilakukan dengan seadanya dan lebih dipercepat.

Atau ketika menjadi imam solat, bacaan Quran kita kadangkala digetar-getarkan atau disedih-sedihkan agar orang lain ikut sedih. Tapi sebaliknya ketika solat sendiri, solat kita menjadi kilat, padat dan ringkas. Kalau solat bersendirian dia begitu pantas, tapi kalau ada orang lain jadi kelihatan lebih bagus. Hati-hatilah boleh jadi ada sesuatu dibalik ketidakikhlasan ibadah-ibadah kita ini.

Kerananya kalau melihat amal-amal yang kita lakukan jadi semakin lemah kualiti dan kuantitinya ketika diberi kesenangan, maka itulah tanda bahwa kita kurang ikhlas dalam beramal.

Hal ini berbeza dengan hamba-hamba-Nya yang telah mencapai tahap maqam ikhlas, maqam di mana seorang hamba mampu beribadah secara istiqamah dan terus-menerus berkesinambungan. Ketika diberi kesusahan, dia akan segera saja bersimpuh sujud merindukan pertolongan ALLAH. Sedangkan ketika diberi kelapangan dan kesenangan yang lebih lagi, dia semakin bersimpuh dan bersyukur lagi atas nikmat-Nya ini.

Orang-orang yang ikhlas adalah orang yang kualiti beramalnya dalam keadaan ada atau tidak ada orang yang memperhatikannya adalah sama saja. Berbeza dengan orang yang kurang ikhlas, ibadahnya akan dilakukan lebih bagus ketika ada orang lain memperhatikannya, apalagi bila orang tersebut dihormati dan disegani.

Amat bertuahlah bagi setiap orang yang sentiasa ikhlas ini. Betapa tidak? Orang-orang yang ikhlas akan sentiasa dianugerahi pahala, bahkan bagi orang-orang ikhlas, amal-amal mubah (neutral) pun pahalanya akan berubah menjadi pahala amalan sunat atau wajib. Hal ini adalah disebabkan niatnya yang ikhlas.

Maka, bagi orang-orang yang ikhlas, dia tidak akan melakukan sesuatu perkara kecuali ia tetap niatnya kerana ALLAH saja. Kalau hendak duduk di kerusi diucapkannya, "Bismilahirrahmanirrahiim, ya ALLAH semoga perbuatan duduk ini menjadi amal kebaikan". Lisannya yang nyata sentiasa memuji ALLAH atas nikmatnya berupa kurniaan membolehkannya duduk sehingga ia dapat beristirahat menghilangkan kepenatan. Jadilah perbuatan duduk ini sarana (berniat) taqarrub kepada ALLAH.

Kerana ramai orang yang melakukan perbuatan duduk, namun tidak mendapatkan pertambahan nilai apapun, selain meletakkan punggungnya di kerusi. Tidak usah hairan apabila suatu ketika ALLAH memberi peringatan dengan sakit buasir atau bisul, sekadar peringatan bahawa perbuatan duduk adalah anugerah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Begitu pun ketika makan, sempurnakanlah niat di dalam hati, sebab sudah seharusnya di lubuk hati yang paling dalam kita meyakini bahawa ALLAH-lah yang memberi makan setiap hari, tiada satu hari pun yang luput dari limpahan curahan nikmatnya.

Kalau membeli sesuatu, perhitungkanlah juga bahawa apa yang dibeli, diniatkan kerana ALLAH. Ketika membeli kenderaan, niatkan kerana ALLAH. Kerana menurut Rasulullah SAW, kendaraan itu ada tiga jenis, 1) Kendaraan untuk ALLAH, 2) Kenderaan untuk syaitan, 3) Kenderaan untuk dirinya sendiri.

Apakah cirinya? Kalau niatnya benar, dipakai untuk tujuan ibadah, tujuan agama, maka inilah kenderaan untuk ALLAH. Tapi kalau sekadar untuk menunjuk-nunjuk, riak, ujub, maka inilah kenderaan untuk syaitan. Sedangkan kenderaan untuk dirinya sendiri, misalkan kuda dipelihara, dikembangbiakan, dipakai tanpa niat, maka inilah kenderaan untuk diri sendiri.

Pastikan bahawa jikalau kita membeli kenderaan, niat kita tiada lain hanyalah kerana ALLAH. Kerananya bermohon saja kepada ALLAH, "Ya ALLAH saya memerlukan kenderaan yang selayaknya, yang boleh meringankan untuk menuntut ilmu, yang boleh meringankan untuk berbuat amal, yang boleh meringankan dalam menjaga amanah". Subhanallah bagi orang yang telah meniatkan seperti ini, maka, petrolnya, tempat duduknya, shockbreaker-nya, dan semuanya dari kenderaan itu ada dalam timbangan kebaikan, insya ALLAH. Sebaliknya jika digunakan untuk maksiat, maka kita juga yang akan menanggungnya.

Kelebihan lain dari seorang hamba yang ikhlas adalah akan memperoleh pahala amal, walaupun sebenarnya belum menyempurnakan amalnya, bahkan belum mengamalkanya. Inilah istimewanya amalan orang yang ikhlas. Suatu ketika hati sudah meniatkan mahu bangun malam untuk tahajud, "Ya ALLAH saya ingin tahajud, bangunkan jam 03.30 ya ALLAH". Jam pun disetkan, isteri telah diberi tahu, "Mah, kalau awak bangun dulu, tolong bangunkan saya. Jam 03.30 kita akan tahajud. Ya ALLAH saya mahu bersujud kepadamu di waktu ijabahnya (terkabul) doa". Berdoa dan tidurlah ia dengan tekad bulat akan bangun tahajud.

Sayangnya, ketika terbangun ternyata sudah azan subuh. Bagi hamba yang ikhlas, dia akan gembira bercampur sedih. Sedih kerana tidak dapat solat tahajud dan gembira kerana ia masih dapat pahalanya. Bagi orang yang sudah berniat untuk tahajud dan tidak dibangunkan oleh ALLAH, maka kalau ia sudah bertekad, ALLAH pasti akan memberikan pahalanya.

Mungkin ALLAH tahu, hari-hari yang kita lalui akan menggunakan banyak tenaga. ALLAH Maha tahu apa yang akan terjadi, ALLAH juga Maha tahu bahawa kita mungkin telah kehilangan tenaga kerana kesibukkan kita. Hanya ALLAH-lah yang menidurkan kita dengan lena.

Walau apapun amal yang dilakukan oleh seorang hamba yang ikhlas akan tetap bermakna, akan tetap bernilai, dan akan tetap mendapatkan balasan pahala yang setimpal. Subhanallah. Wallahu a'lam bishshawab

Sumber: www.pesantren.net
SaYa aNaK MaLaYsIa.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my