Ayat Seribu Dinnar

Oleh Nu'man An-Nabighoh
01-Aug-2003 09:44
Assalamualaikum ....
>
> Ayat Seribu Dinnar yang saya katakan dalam membincangkan Solat Sunat
> Dhuha terdapat dalam Surah At-Thalaaq(SURAH KE 65).Ayat Seribu Dinnar
> bermula dari akhir ayat 2 hingga ayat 3...iaitu...Maaf saya tidak
> dapat menulis bacaannya dalam bahasa rumi sebab akan jadi lain
> bacaannya...saya sekadar mampu memberi makna akhir ayat 2 dan
> keseluruhan ayat 3 surah at-thalaaq, iaitu:
>
> ...yang bermaksud.... "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah,
> niscaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya
> rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang
> bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan
> (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
> dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
> tiap-tiap sesuatu."
>
> Ayat Seribu Dinnar ini elok diamalkan secara wirid selepas setiap
> solat wajib.Bacalah 3 kali, insyallah rezeki akan datang dari arah
> yang tidak disangka-sangka. Ingat, rezeki bukan hanya dalam bentuk
> wang ringgit tetapi zuriat juga adalah rezeki Allah.
>
> Pengalaman kawan karib mengamalkan Ayat Seribu Dinnar,elok dijadikan
> ikhtibar. Kawan saya menderita sakit kena santau. Puas berubat moden
> dan tradisi tapi tidak juga berkesan. Sehinggalah suatu hari beliau
> berjumpa dengan seorang ustaz mencadangkan beliau bangun satu pertiga
> malam untuk solat tahjud dan hajat. Selepas solat itu baca Ayat
> Seribu Dinnar 100 kali. Kawan saya mula melakukan solat tahjud dan
> hajat dengan bacaan Ayat Seribu Dinnar 100 kali tiap-tiap malam.
> Dengan izin Allah, malam ke 7 beliau bangun melaksanakan amalan itu,
> datang bersimpuh dalam doanya, muka orang menghantar santau
kepadanya.
> Dan penyakit beliau beransur pulih,hinggalah sekarang telah pulih
> sepenuhnya.
>
> Yang baik dari Allah,yang buruk dari saya sendiri.

Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,utk agamaku,baik utk duniaku dan akhiratku,maka satukanlah kami di dunia&akhirat buat selamanya

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my