Kelebihan Surah Al Ikhlas

Oleh Ros
31-Jul-2002 09:59
Amalkan beristi'azah (membaca A'uzubillahiminasyaitanirrajim). Maksudnya: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (telah dikutuk oleh Allah) sebelum anda melakukan apa sahaja kerana dengan bacaan ini akan keluar iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam juga kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucapkan di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabat: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam Quran begitu cepat. Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Umar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.
Wallahu a'lam bissawab.


Kesepian mengajar aku menghargai orang lain
Sent to myMasjid eGroups: 6/9/2002 11:50:46 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 6/9/2002 11:50:46 PM

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my