adab 5...

Oleh ira
19-Jul-2003 22:48
Adab ke Masjid

1. Keluar ke Masjid ialah menuju ke rumah Allah, untuk ke sana perjalanan hendaklah dalam keadaan tenang, kusyuk dan rendah diri. Ketika keluar membaca doa yang bermaksud:-
"Hai Tuhan, jadikanlah dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, jadikanlah pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah di belakangku dan di hadapanku cahaya, dan jadikanlah di atasku cahaya, hai Tuhan berikanlah kepadaku cahaya".

Adab Masuk dan Keluar Masjid

1. Apabila sampai ke Masjid masuklah dengan langkah kaki kanan dan membaca doa yang bermaksud:-
"Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu rahmat Engkau untukku".

2. Apabila keluar dari masjid hendaklah membaca doa yang bermaksud:-
"Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu kelebihan Engkau untukku".

Adab Dalam Masjid

1. Apabila masuk ke Masjid sebelum duduk hendaklah sempurnakan sembahyang sunat "tahiyatul-Masjid" dua rakaat, lafaz niatnya yang bermaksud:-
"Sahaja aku sembahyang sunat tahiyatul-Masjid dua rakaat kerana Allah Taala".

2. Kemudian diikuti dengan bacaan fatihah dan surah bagi tiap-tiap rakaat.

3. Setelah selesai sembahyang hendaklah diniat duduk iktikaf dalam masjid iaitu yang bermaksud:-
"Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala".

4. Di waktu iktikaf itu adalah sebaik-baiknya diisi dengan bacaan Quran, zikir, selawat ke atas nabi, doa, sembahyang sunat dan lain-lain. Di dalam masjid ini hendaklah dielakkan dari percakapan-percakapan bersifat keduniaan.

sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my