wahai kaum wanita

Oleh AiNuL HuLsAiNi
05-Jun-2003 18:33
Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu
dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat
kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai
Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni
Neraka?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.
Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih
menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan
akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua
orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang
dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan
sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan
Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.

Hadis Sahih Muslim





Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my