maki hamun

Oleh AiNuL HuLsAiNi
05-Jun-2003 18:32
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu
siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat RA, "Orang
papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda
bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang
yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka
suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan
harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak
bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi
menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya
kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan
kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia
dicampakkan ke dalam neraka."

(Riwayat Muslim)



Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my