Kisah Sahabat

Oleh Dr_IT
04-May-2003 21:36
sume....

Ammar R.A Dan Kedua Orang Tuanya

Ammar dan kedua orang tuanya termasuk ke dalam golongan kaum muslimin yang teah mengalami berbagai penderutaan akibat siksaan yang sangat pedih kerana mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diseksa diatas batu-batu dan pasir-pasir yang panas membakar. Apabila Rasulullah s.a.w melawati mereka, beliau menghiburkannya supaya bersabar dan memberi berita gembira mengenai syurga. Akhirnya Yasir, ayah Ammar telah mati syahid setelah diseksa tanpa perikemanusiaan. Ibu Ammar r.a iaitu Sumayah r.a yang sudah tua pun mati ditikam kemaluannya dengan tombak oleh Abu Jahal sehingga meninggal dunia.Mereka tidak mahu meninggalkan agama Allah walaupun diseksa dengan pedih. Sumayah merupakan wanita pertama yang gugur sebagai syahidah kerana pertahankan agama.

Ketika Rasullullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Ammar r.a menawarkan diri untuk membuat sebuah masjid agar Nabi s.a.w dapat duduk beristirahat diwaktu siang dan dapat mengejakan solat di keteduhan. Bangunan itu didirikan dengan batu-batu yang dikumpulkannnya sendiri di Quba. Dia juga melwan musuh-musuh Islam dengan penuh semangat dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia berkata dengan gembira, " Tidak lama lagi aku akan menemui kawan-kawanku. Aku akan berjumpa dengan Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya."

Kemudian ia meminta air untuk diminum, tetapi di diberi susu. Sambil mengambil susu dia berkata, " Saya mendengar Rasullullah bersabda kepada saya, 'Susu inilah minuman engkau yang tekakhir dudunia!"

Dia bangun dan kemudian meneruskan perjuangan melawan musuh hingga ia gugur. Waktu itu da berusia sembilan puluh empat tahun. Sebahagian orang menyatakan kurang setengah dari angka yang telah disebutka. (Asadul Ghabah).
** Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam **

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my