Sepotong Ayat Bukan Sepotong Kek Tau

Oleh finn_a
10-Apr-2003 15:51
Sepotong ayat....penerang hidup



Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.



Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussomad. Lam yalid walam
yuulad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan bacalah bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.



Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat
itu.



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia
dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).



Rasulullah s.a.w. pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyyidina
Umar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam
begitu
cepat.



Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Umar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyyidina Ali (yang sedang kecil pada
waktu

itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali.



Rasulullah s.a.w. menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyyidina Ali
betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10
juz
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga
kali,
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Ketika
saya (Rasulullah s.a.w.) Israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang
membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.



Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhussomad itu tertulis
di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.



Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah

s.a.w.: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya

bersama:

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


ku mulai "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG"............... ku tersenyum..kau tersenyum..kemesraan menguntum..

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my