Terkini  Popular    Mula Topik

Mengapa Oh Mengapa

2009-03-09 15:38:01
Oleh
ashfat
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut, untuk mengamalkan kepercayaannya?
TETAPI apabila seseorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap sebagai "ekstrimis dan pengganas".

Mengapa seseorang Rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya, kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya?
TETAPI apabila seseorang Muslimah melakukan begitu, "dia ditekan."

Mengapa apabila wanita Barat menjadi surirumah tangga, dia dihormati?
TETAPI apabila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan."

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan pakaian mengikut kesukaan mereka, kerana "mempunyai hak dan kebebasan?"
TETAPI apabila seseorang Muslimah memakai purdah, dia "tidak dibenarkan memjejakkan kakinya ke universiti."

Mengapa apabila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan mempunyai minat?
TETAPI apabila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan "tidak berguna."

Mengapa apabila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan?
TETAPI baru saja seseorang Islam didakwa melakukan jenayah, "Agama Islam turut diadili".

Mengapa seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup senang, "dia amat disanjungi?"
TETAPI apabila seseorang warga Palestin melakukannya untuk diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai "pengganas".

Mengapa kita terlalu percayakan pada akhbar?
TETAPI selalu mempersoalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran ul Karim.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my