Terkini  Popular    Mula Topik

Menyeberangi Alam Barzakh..

2006-11-22 10:18:29
Oleh
rezza
Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami > > kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung > > nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi > > penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. > > > > "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya > > berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke > > kepala. > > > > Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, > > overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar > > sambil memikul cangkul dan botol airnya. > > > > "Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung. > > > > Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya > > termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. > > Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin > > mendesak. > > > > Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang > > Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita > > tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal > > simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau > > bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah... > > > > Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur > > dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu > > terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit. > > > > Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah > > badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau > > dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking > > datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, > > kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim... > > > > Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda > > saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan > > mengacau fikiran. > > > > Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan > > dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya. > > > > Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala > > kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan > > jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di > > telinga. > > > > Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan > > engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya > > kena tangkap, bukannya boleh mati... > > > > Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu > > cerita orang aja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat > > semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat! > > > > Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan > > terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali > > sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai > > persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian > > sekali gus, taklah timbul masalah. > > > > Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, > > lailahaillallah, lailahaillallah... > > > > Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau > > tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya > > betul-betul gemuruh. > > > > Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan > > segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang > > di depan mata. > > > > Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran > > dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. > > Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada > > malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran. > > > > Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa > > saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang > > gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya > > ingin juga merasainya. > > > > Lailahaillallah > > > > Lailahaillallah > > > > Lailahaillallah > > > > Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam > > dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan. > > > > GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!! > > > > Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi > > sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan. > > > > "Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi > > itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti > > hendak mengalir. > > > > GGGRRRRUUUMMM... > > > > Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya > > menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada > > tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan > > bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku. > > > > Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke > > tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut. > > > > ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK > > > > Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia > > sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di > > kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat. > > > > AARRKKK... UUURRRKKGGH!!! > > > > Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak > > dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada > > terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu > > ditembusi. > > > > Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... > > PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai. > > > > PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP! > > > > Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu > > disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran > > pula tulang-temulang patah! > > > > Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah > > yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh > > orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. > > Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. > > Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila > > mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah > > berderap-derap. > > > > Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan > > angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. > > > > Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam > > seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam > > yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang > > membara, merah menyala. > > > > Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, > > namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, > > panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya > > masak. > > > > "ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga > > itu memukul kaki saya. > > > > Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai > > hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu > > membakar daging paha saya. > > > > "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam > > besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya > > ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya. > > > > Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit > > menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda > > gempa. > > > > Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan > > sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap > > lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi > > panas. > > > > Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu > > yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam > > hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang > > lenyap serta-merta. Suasana terasa hening. > > > > "Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil. > > > > Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan > > terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata. > > > > "Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan > > digoncang-goncang. > > > > Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak > > Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur. > > > > Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar > > beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta > > mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, > > akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri. > > > > "Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. > > Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang > > digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan. > > > > Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang > > telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya. > > > > Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan > > penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang > > tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa > > berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat. > > > > Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka > > berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada > > yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, > > mimpi dan igauan semata-mata. > > > > Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah > > saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu > > adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi > > semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah. > > > > Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai. > > > > Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang > > benar-benar mendalam di hati saya. > > Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA > > itu benar....dan..azab kubur ...itu juga benarrrr..... > > Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampubi dosa-dosa kita.... > > AMIN YA RABBAL A'LAMsemoga hari ini lebih baik dari semalam..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my