Terkini  Popular    Mula Topik

.:% Syarat Buat Maksiat~:.

2006-01-03 14:52:03
5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku
gemar bermaksiat. Tolong berikan aku
nasihat." Setelah mendengar perkataan
tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak
sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat
itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat
kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin
Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,
masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan
melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut
setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan rezeki-Nya
dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih
mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-
Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu m asih berkeinginan
melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu
mengangguk dan meminta syarat yang
keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut
datang hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan
kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan
memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh
lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim
pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau
malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti
malaikat itu tidak membiarkan aku menolak
kehendaknya." Dia tidak tahan lagi
mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya
bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat
kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.




`Izzati

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my