ni ana dapat emel dari ex-opismet ana masa keje kat Time.Com dulu...so,saper2 yang nak buat pahala tu,bolehlah bagi sumbangan ikhlas ek...
Assalammualaikum wrt dan salam sejahtera,
Semoga tuan-tuan/puan-puan berada didalam rahmat dan perlindungan Allah s.w.t.
Merujuk kepada perkara diatas, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah ingin memohon jasa baik dan kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu pihak kami mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh rumah ini.
Untuk pengetahuan tuan-tuan / puan-puan, rumah ini telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu bagi mewujudkan sebuah rumah perlindungan kepada anak-anak terbiar ataupun yang kurang bernasib baik. Pada masa ini terdapat 23 orang anak-anak yang terdiri dari emapat kategori iaitu anak-anak yatim, anak-anak miskin, anak-anak saudara baru dan anak-anak terbiar sedang menghuni rumah ini. Mereka berumur antara 4 - 14 tahun.
Disebabkan masalah pentadbiran dan pengurusan, Jawatankuasa asal rumah ini telah dibubarkan dan penjagaan rumah ini telah ditinggalkan begitu saja kepada sepasang suami isteri yang asalnya hanya bertugas sebagai penjaga rumah ini. Ini menyebabkan kebajikan anak-anak ini tidak terjaga menyebabkan ada sesetengah masa mereka hanya mampu makan nasi berlaukkan kicap sahaja.
Atas dasar prihatin, beberapa individu dan penduduk setempat telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Sementara bagi memastikan kebajikan anak-anak ini terjaga dan rumah ini didaftarkan secara sah oleh Pendaftar Pertubuhan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mesyuarat pertama penubuhan Jawatankuasa ini telah diadakan pada 18hb May 2005 dan Jawatankuasa telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan "Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah". Pada masa ini pertubuhan ini sedang didalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan dan buat masa ini 12 AJK yang beramalat d 34A/34B Jln 10 Taman Batu off Taman Greenwood, Bt Caves 68100 Gombak, Selangor Darul Ehsan.
Misi Pengurusan baru ini adalah memastikan semua anak-anak yatim, Muallaf, Miskin dan terbiar terbela. Menjagi manusia yang berilmu, bertaqwa dan berdikari depanjang masa dan di pandang mulia oleh semua lapisan masyarakat. Misi kami juga adalah mencari dana bagi mendirikan rumah atau asrama yang lebih tersusun bagi menempatkan semua kanak-kanak ini dari masa kesemasa. Kami menganggarkan sebanyak RM 1.5 juta di perlukan bagi tujuan ini.
Didalam mesyuarat bersama Jabatan Kebajikan Gombak pada 8hb Jun 2005, pihak JKM telah meminta Jawatankuasa menyegerakan proses pendaftaran dan juga mencari premis baru kerana premis sedia ada agak kecil dan tidak sesuai. Sehubungan itu pihak Jawatankuasa telah mengenalpasti satu premis baru yang lebih bersesuaian untuk menempatkan anak-anak ini.
Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja ingin merayu kepada tuan-tuan/puan-puan agar dapat bermurah hati menyumbang secara ikhlas bagi membantu menampung kos perbelanjaan harian rumah ini. Untuk makluman tuan-tuan/puan-puan pihak kami menganggarkan kos bulanan adalah sebanyak RM9,400.00
NO PERKARA JUMLAH
1 Satu Bulan Sewa RM 1400.00 RM 1400.00
2 Api / Air RM 1000.00
3 Perbelanjaan Sekolah dan keperluan harian RM 1000.00
4 Elaun Pengasuh & Tukang Masak RM 2000.00
5 Perbelajnaan Dapur RM 1000.00
6 Keperluan lain-lain RM 3000.00
JUMLAH: RM 9,400.00
Semua sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama "Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah" Akaun no: 14032010035421. Sekiranya pihak tuan-tuan/puan-puan memerlukan maklumat lanjut, pihak tuan bolehlah berhubung Saya di talian Rosli bin Abdul Ghani - 019-2252727 atau Mohamad Ishak bin Zainuddin - 019-2125001
Tuan-tuan/puan-puan yang ingin melawat rumah anak-anak ini, bolehlah berbuat demikian di alamat No 34A/34B Jln 10, Taman Batu Off Taman Greenwood, Batu Caves, 68100 Gombak Selangor Darul Ehsan.
Semoga Allah s.w.t akan memberi balasan dan ganjaran yang setimpal atas budi dan jasa baik tuan-tuan/puan-puan sekelian.
dari abu hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda ... "orang-orang yang bertanggungjawab menguruskan anak yatim baik dari keluarga sendiri atau tidak maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak (dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah, ertinya berdekatan)". (hadis riwayat bukhari)
Wassalam
Rosli Bin Abd Ghani.
Pengerusi
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
