Terkini  Popular    Mula Topik

Berita Terkini Konsert Mawi Di Kelantan

2005-09-19 13:44:51
Oleh
ilham

Lorong berasingan untuk lelaki dan wanita saksikan konsert

http://segerausaha.blogspot.com

KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Kerajaan Kelantan akan menyediakan lorong khas untuk mengasingkan antara lelaki, wanita dan yang bekerluarga yang ingin menyaksikan persembahan artis sempena pelancaran Kota Bharu Bandaraya Islam di Stadium Sultan Mohamad Ke-1V pada 1 Oktober ini.

Ketika ditemui, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan perumahan dan Kesihatan Negeri, Takiyuddin Hassan berkata, setiap lorong yang dimaksudkan itu akan dikawal oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk mengelakkan tiada percampuran antara ketika menyaksikan persembahan tersebut.
Sambungnya lagi, setiap pintu masuk menuju ke stadium akan diletakkan papan tanda khas untuk memudahkan orang ramai iaitu lelaki dan wanita masuk ke dalam stadium termasuk lorong mereka yang berkeluarga.

"Ini adalah menjadi dasar kita di mana setiap penonton sama ada yang hadir untuk mendengar ceramah agama atau hiburan kita akan memastikan tiada percampuan di antara lelaki dan wanita, kecuali mereka yang sudah berkeluarga.

"Tegasnya, tujuan perkara ini dibuat untuk mengelakkan perkara yang tidak sehat berlaku lagipun tujuan kita mengadakan konsert ini bukan sahaja untuk berhibur, sebaliknya sama-sama menikmati kesenian menurut Islam," ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu pintu masuk stadium akan dibuka selepas solat Maghrib, manakala persembahan artis popular yang telah dijemput khas akan bermula selepas solat Isyak, kira-kira pukul 9.00 malam.

Takiyuddin seterusnya memberitahu, artis berkenaan akan mengalunkan lagu-lagu berunsur nasihat dan juga ketuhanan, manakala artis tempatan pula dari kumpulan dikir barat.

Beliau berkeyakinan, sekurang-kurangnya 25,000 orang rakyat Kelantan dari seluruh jajahan dalam negeri ini akan membanjiri padang stadium.

Difahamkan, tambahnya peminat Mawi dari Ulu Kelantan seperti Gua Musang dan Jeli telah membuat tempahan bilik dibeberapa buah hotel dalam bandar ini, khususnya Hotel Perdana.

Antara artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut ialah Mawi, M.Nasir, Rabbani, bekas penyanyi kumpulan rock D'Riyadh Akhil Hayy dan beberapa artis tempatan lain seperti Halim Yazid.

Sempena kehadiran Mawi mengadakan persembahannya di negeri ini, beliau turut diberi peluang untuk mengalunkan azan untuk solat berjemaah Maghrib dan Isyak. - SMH/mns

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my