Terkini  Popular    Mula Topik

'membantu' Orang Yang Tengah Nazak

2005-09-13 12:38:41
Oleh
suraya
----- Forwarded by Huda Che Mohd Noh/PHNB/PNB on 08/09/2005 15:06 -----
> >
> > Assalammualaikum,
> >
> > Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau Darussaadah di Keramat Permai
> > telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah
> > Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya
> > kongsi bersama rakan2 sekalian:-
> >
> > Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'
> > seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
> > mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
> > dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
> > tartil,
> > setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang
> > tengah
> > nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya
> > kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di
> > dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
> >
> > i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid)
> > untuk
> > membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.
> > ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara
> > terdekat
> > yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
> > iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca
> > untuk
> > menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
> > membantu pencabutan nyawa beliau.
> > iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
> > (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
> > v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah,
> > berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah" lagi.
> > vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang
> > terakhir.
> >
> >
> > Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
> > 'membantu'
> > saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan
> > smoga
> > kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan
> > dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.
> > Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita
> > bersama.
> >
> > Wassalam.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my