Terkini  Popular    Mula Topik

Kuceritakan Buat Jeemiau...dakwamu Bahawa Sejarah

Oleh ajin
pada 2005-09-13 10:39:18
Pada 1 Dis 1941....pendaratan Jepun di Kota Bahru, 5th Division Imperial Guard dengan dua lagi Division dari Singgora...keseluruhan berjumlah 3 Division (lebih kurang 45000-60000 askar)diketuai oleh Lt Jeneral Yamashita....menentang sejumlah 100,000 tentera British termasuk 2 Batalion Askar Melayu, 1 Division India dan Briged Australia.....(bunyinya macam askar penjajah kan)
...dalam masa 100 hari maka seluruh pertahanan British runtuh....sebabnya ialah Lt Jeneral Percival adalah antara Jeneral yang tak terer memandangkan Jeneral yang terer terer semua dihantar ke western front atau Afrika untuk berhadapan dengan Jeneral Jerman yang sangat terer....sebab kedua ialah adanya golongan yang sanggup geng ngan perisik Jepun dengan menjual maklumat pertahanan British....siapakah golongan ini....parti haluan kiri iaitu KMM(Kesatuan Melayu Muda)... betullah agaknya sebab diorang ni benci inggeris, tapi akibatnya nasib orang melayu lagi teruk dan hina di bawah pemerintahan Jepun....tak gitu...ini kita namakan Tujuan Menghalal Cara

...September/Ogos 1945 Jepun menyerah kalah
(14 hari pemerintahan Askar MPAJA...dan parti haluan kiri yang lain sementara menunggu BMA iaitu Pemerintahan sementara tentera British..

Mereka juga sanggup bersetuju dengan perjuangan PKM(Partai Komunis Malaya) yang berhaluan kiri jugak agar kemerdekaan mesti dituntut walau dengan kekerasan....walau nanti penguasaan KUASA terpaksa juga dikongsi antara kumpulan berhaluan kiri yang lain....

Di suatu tempat bernama Simpang Lima, Batu Pahat....YB Dato' Onn(Pegawai Daerah Batu Pahat) sedang menahan kemaraan Pejuang pejuang Melayu yang berselempang merah dan berparang panjang diketuai oleh Panglima Salleh yang sedang bergerak mara untuk menyerang Bandar Penggaram(Batu Pahat sekarang) kerana terhina dan azab dengan sikap zalim MPAJA yang membunuh tanpa bertanya...menyiksa dan menikam siapa sahaja termasuk seorang lelaki yang apabila menarik nafas maka tersembullah jantungnya keluar dari lukanya di dada akibat ditikan dan disiksa.....
"Wahai Salleh...wahai pejuang Melayu...balik lah...tak usahlah kalian menumpahkan darah di Penggaram..."lebih kurang begitulah kata Dato' Onn....
"Dato'...mana boleh...kami tidak tahan dah...biar kami amuk!! Bangsa Melayu dhina...disiksa...dan kita tak ada KUASA untuk menghalangnya....."
"Wahai semua...saya berjanji...kita akan dapat KUASA itu...kita akan perintah negeri kita ini suatu hari nanti...percalah pada saya, baliklah"balas Dato' Onn
"Baiklah Dato', kami hormatkan Dato'....tapi sekiranya satu lagi darah Melayu tumpah, kami akan amuk"
....dan sepuluh bulan selepas kejadian ini, bertempat di Istana Johor Bahru, atas usaha dan ikhtiar Dato' Onn, di samping perkenan dan wibawa DYMM Sultan Johor, maka Pertubuhan Melayu Bersatu UMNO....iaitu pada tahun 1946

Mana Ibrahim Yaakob dan KMM nya.....ketika perjuangan parang panjang dan perjuangan melawan Malayan Union....bukankah di Indonesia? lari meninggalkan negara dan anak bangsa....

Mana Chin Peng dan PKM nya....terus terusan membunuh perajurit yang menggadangkan dada kurus untuk dimamah peluru komunis bagi membenteng anak anak pertiwi...

entahlah....mari kita renung renungkan...
haluan kiri...
tujuan menghalal cara...

jeemiau...pasal bendera umno adalah cadangan KMM....itu lagi panjang ceritanya....pernah dengar 'NUSANTARA RAYA"?....pernah terfikir kenapa Ahmad Boestamam nak bendera kita sama dengan Indonesia?....hanya Jauhari Yang Mengenal Manikan TAAT SETIA......When war comes to our doorstep, the very existence of the nation and society will depend on 'A Few Good Men'...who call themselves

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my