Terkini  Popular    Mula Topik

Tentera Amerika Kena Jangkitan Pelik

Oleh rezza
pada 2005-08-05 09:54:45
WASHINGTON: Beratus-ratus tentera Amerika Syarikat (AS) yang kembali dari Iraq diserang wabak sejenis bakteria maut yang kebal ubat dan dikatakan berasal dari Baghdad.



Sebuah media AS melaporkan semalam, keadaan itu menyebabkan pegawai perubatan tentera AS kini bertungkus-lumus bagi mengawal wabak maut berkenaan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 280 orang, termasuk anggota tentera yang kembali bertugas, dikesan dijangkiti bakteria dikenali Acinetobacter baumannii manakala 500 askar dikesan sebagai pembawa, tetapi tidak sakit buat masa ini.

Mereka dikatakan dijangkiti penyakit itu ketika dirawat di hospital tentera AS di Iraq sebelum ini.

Kebanyakan mangsa adalah askar muda yang cedera terkena periuk api, mortar dan bom serangan berani mati ketika bertugas di Iraq.

Biarpun tiada askar yang mati akibat bakteria itu setakat ini, tetapi lima pesakit tenat yang berada di hospital sama, mati kerana dijangkiti bakteria berkenaan.

“Ini memang wabak besar,” kata Arjun Srinivasan, pegawai perubatan berpangkat Leftenan Komander yang bertugas di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Awam AS dan pakar epidemiologi Pusat Kawalan Penyakit.

Bakteria Acinetobacter itu adalah jangkitan yang kedua paling banyak dialami askar AS di Vietnam, tetapi pasukan itu tidak menyangka akan menyaksikannya dalam Operasi Iraqi Freedom di Iraq.

Penyelidik sendiri sedang berusaha memahami asal usul bakteria itu dan bagaimana ia boleh dijangkiti tentera berkenaan.

Doktor tidak hanya bimbangkan askar yang dijangkiti tetapi mereka yang mungkin membawa bakteria itu yang tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

Pakar Jangkitan Pusat Perubatan Tentera Laut (NNMC), Leftenan Komander Kyle Petersen, berkata hospital yang diselianya saja merawat 396 pesakit yang cedera di Iraq antara Mei 2003 dan Februari lalu.

“Seramai 10 peratus pesakit itu dijangkiti bakteria itu manakala 20 peratus lain membawa bakteria berkenaan pada kulit mereka, tetapi tidak sakit. Tetapi keadaan masih terkawal,” katanya.

Keadaan sama turut disaksikan di hospital tentera AS lain termasuk Pusat Perubatan Walter Reed di Washington D C, Pusat Perubatan Tripler di Hawaii dan Pusat Perubatan Tentera Brooke di San Antonio yang mencatatkan sejumlah 240 kes jangkitan bakteria itu dan 500 lain pembawanya.

Seorang mangsa, Koperal Marin Sean Locker, yang menjadi mangsa serangan berani mati di Iraq pada 10 Julai lalu yang menjadi buta selepas serpihan bom itu mengenai hidung, jari tengah tangan kanan dan matanya.

Paru-paru kirinya juga sudah tidak berfungsi. – Agensi
semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my