Terkini  Popular    Mula Topik

.:: Warkah Suami Isteri ::.

Oleh jeemiau
pada 2005-07-19 15:53:25
======================================
Wahai suami, terima kasih kerana memilih aku untuk jadi isterimu. Mengambil tanggungjawab utk menjaga aku daripada ibubapaku adalah satu pengorbanan yang sangat besar buatku. Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih dan membalasi kebaikan darimu. Moga2 aku dari kalangan wanita yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.

Wahai suami,

Membina rumahtangga adalah satu jualbeli yang mencabar sekali. Dunia perniagaan ini penuh dengan untung dan rugi. Jatuh dan bangun aku belum pasti. Apakah aku pandai bersikap diwaktu2 mendapat untung, aku belum pasti. Dan lebih2 lagi aku tidak dapat berjanji bahawa aku mampu menghadapi saat2 yang merugikan. Aku takut wahai suami, melihatkan berapa ramai isteri2 yang bermusuhan dengan suami yang dicintai dihari2 mereka diuji oleh Tuhan. Sehari sebelum, diwaktu nikmat, mereka ketawa ria, tapi hanya besoknya merka dilanda ujian yang membawa perceraian. Rasulullah kan sudah beritahu, didalam neraka kelihatan ramai wanita kerana penyakit kufur nikmat.

Aku merayu padamu wahai suami, tolong doakan aku suami, supaya isterimu adalah seorang yang boleh memaafkan, taat setia dan sabar serta syukur nikmat. Moga2 rumahtanga kita adalah masjid yang menaungi jemaah islamiyah, tapak kepada ummah. Akhirnya wahai suamiku, aku pohon izinmu untuk ikut memperjuangkan agar rumahtangga ini benar2 menjadi masyarakat Islam contoh kepada generasi masa kini.

Wahai isteriku,

Terima kasih juga kuucapkan padamu kerana sudi menerima aku menjadi suami. Tuhanlah sebenarnya yang berkehendak untuk jodohkan kita. Kau kuharapkan ialah wanita yang mampu mengisi berbagai keperluan hidupku. Kerana aku sendiri tidak mampu hidup sendirian. Dan diantara kita mudah2an terjadilah satu jalinan kerja yang mantap untuk mempastikan seluruh cita2 hidup kita sampai kepada matlamatnya.

Guruku sudahpun mengajarkan segala bekal2 untuk menjadi seorang suami yang baik. Kerana orang2 yg soleh tahu, peri susahnya mengemudi rumahtangga supaya mencapai kebahagiaan hingga ke anak cucu.Ia lebih dari kerja seorang doktor terhadap pesakitnya. Walaupun kedoktoran juga cukup sulit. Sebab itu ia memerlukan masa bertahun2 untuk dikursuskan. Namun menjadi seorang suami lebih payah dari itu.

Pertama aku mesti mengenali watak dan psikologi seorang wanita yang baru aku kenali, yang dia itu teman sehidup sematiku, yakni isteriku. Supaya aku tidak akan marah, benci atau dingin terhadapnya. Kena pula aku cuba menerima segala perangai, ragam, hobi dan pantang-larangnya. Kalau aku tak mampu sesuaikan diri, tak boleh bersabar dan tak pandai mengimbangi antara kesukaannya dan kesukaanku, ada kemungkinan rumahtangga ini akan muram , huru-hara dan berkecai.

Untuk itu aku mestilah menjadi seorang guru kepada isteriku, untuk kupandu dia pandai menghadapi masalah. Dia tak boleh mengambil sikap mementingkan diri diwaktu kepentingan rumahtangga tergugat. Dia mesti kupandu agar ikut sama bertanggungjawab menyelamatkan keadaan.

Isteriku yang baik,

Aku juga mesti mampu untuk jadi pemimpin dalam keluarga. Dan kau adalah pengikutnya. Rumahtangga perlukan arah tuju, disiplin, cara hidup dan kelengkapan2 yang cukup. Kita dalam perjalanan mencari kebahagiaan dunia akhirat. Untuk itu kita tiada piilihan melainkan mengikut petunjuk Tuhan, disiplin Islam, cara hidup mukmin dan mengutamakan akhirat daripada dunia ini. Kau akan pastikan isteriku adalah seorang mukminah yang memuja Tuhan lebih dari cintakan suaminya. Dan anak2ku nanti yang kuharapkan ramai bilangannya, akan kujadikan makmum2ku utk ikut sembahyang jemaah setiap waktu bersama ibu dan ayahnya.

Beratnya tanggungjawab ini wahai cahaya hidupku. Kalu aku gagal ertinya aku seorang pejuang yang tewas.Ertinya aku pulang nanti membawa tangan kosong.

Sedihnya, cemasnya, bimbangnya aku wahai teman hidupku. Hanya dikau yang ada untuk membantu hasratku untuk membina syurga didunia. Aku akan senasib sahaja dengan mereka yang ceria dihari menjadi raja sehari, tapi tak pandai menghadapi ribut taufan, kemudian mereka bermasam muka buat selama2nya.

Kalau begitu wahai isteri, kesediaanmu untuk bersabar denganku, redha dengan kekurangan, memaafkan kesalahanku dan taat dengan permintaanku demi rumahtangga dan cahayamata, aku dahului dengan ucapan tahniah dan terimakasih. Percayalah bahawa sudah kudoakan pada Tuhan agar menjadikan aku seorang khadam yang akan memikul beban hidup kita sepenuhnya. Aku akan lebih bersabar dari kamu demi cintaku kepada tuhanku, supaya terbangunnya rumahtangga rolemodel ini

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my