Terkini  Popular    Mula Topik

Senyum Penawar Hati

2005-07-18 10:11:06
Paling Bersih

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan
malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran
tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur
yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah y! ang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."


*****************************************************************************************************


Penimbang

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang
bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk
orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak
kebingungan.
Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia
nampak kebingungan.
"Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan
untuk bayi" kata perempuan tersebut.
"Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi ma! sih boleh digunakan
untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan
ini... lalu dicatatkan berapa angkanya...
Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan
dicatatkan angkanya.
Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan
dengan angka kedua...
itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut...
"Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan.
"Kenapa? tanya petugas kehairanan...

"Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu.


*******************************************************************************************************


Tak tahan

Usop Belacak baru sahaja berkahwin dengan Joyah Kerengge. Setelah selesai
upacara membuka hadiah dan bersanding malam itu, Usop segera menuju ke
bilik pengantinnya dengan tergesa-gesa diikuti Joyah yang terpinga-pinga
dan panik melihat suami barunya itu.



"Kenapa bang?" tanya Joyah Kerengge

"Abang dah tak tahan niii!!!.." jawab Usop sambil melondehkan seluar dan
samping pengantinnya.

"Alah abang nii..apa nak dirisaukan. Kan saya dah jadi milik abang untuk
selama-lamanya. Kenapa tergopoh-gopoh nii?" balas Joyah dengan manja.

"Abang tak kira, abang dah tak tahan niiiihhh" kata Usop yang semakin gopoh
nampaknya.

"Issyyy...abang ni buat Yah malu je la!!" kata Joyah lagi sambil tersenyum
dan terus naik ke atas katil sambil menekup mukanya dengan bantal kerana
malu.

Sedang Joyah Kerengge menunggu-nunggu apakah tindakan Usop Belacak yang
seterusnya, tiba-tiba Joyah terdengar.......

"Kkrrrroooooosssshhhh......."

"Aikk? Macam pernah dengar je bunyi tu?" kata Joyah dalam

"Abang buat apa tuu....?"

"Huhh! Lega rasanya dapat melepas! Abang memang tak tahan betul sakit perut
ni dari tadi!"

***************************************************************************************

Ni ada org email pada saya..hehehe
Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my