Terkini  Popular    Mula Topik

…..pada Ketika Ku Serahkan Cinta…..

Oleh Zana.
pada 2005-06-29 15:11:02
…..pada ketika kuserahkan cinta….
Pada mu yang bernama manusia…
Halus mulus berkata bicara…
Rendah hati lunak manja…
Apa saja indah belaka…
Kata bagai gula gula
Manis bermadu bersalut jenaka…
Gembira tidak terkata
Dalam hati cuma ada dia
Orang kata….pun peduli apa
Setiap detik setiap saat ingin bersua
Sehari tak jumpa Sesaat tak lupa
….pada ketika kuserahkan cinta…..

….pada ketika kuserahkan cinta….
Pada mu yang bernama manusia….
Tergoda aku kelunakan bicara
Dalam buaian yang bergelora..
Tiba-tiba….
Gelodakan bencara ujian melanda
Terguris duka di waktu senja
Bicaramu tidak lagi seiya sekata
Bertapak terguris duka destapa
Dihati tercalar, parut di dada
Begini teman tempat bicara
Masa itu baru ku kira
Siapa aku dan dia
Tersiat, terkoyak hati melara
Retetan syairnya adalah dusta
Lalu…
Ku tercari cari pada siapa
Harus kuukirkan cinta di alam maya..
Yg sukar lagi utkku letakkan percaya..
……pada ketika kuserahkan cinta…..

……pada ketika kuserahkan cinta….
Kembali pada MU yang bernama Allah…
Setelah kuharungi pelbagai dugaan masalah..
Pagi sayu ku bentangkan sejadah….
Malam bening dua tangan kutadah…
Yang lama telah ku lupakan kalimah…
Kerana cinta itu sebenarnya adalah..
Hanya pada MU Ya Allah...
Setia ENGKAU menunggu kata2 madah…
Dari ku yang telah lupa sejarah…
Sejarah manusia yang memang hamba Allah…
Kerdil, hina dan kena berserah….
Tersentak lamunan minpi indah…
Berduka, kecewa teramat parah
Sedangkan ENGKAU tetap tidak marah…
Aku cuai kerana cintaku lalai pada wajah…
Wajah2 dunia dalam warna warni indah..
Dan aku kembali mengulangi syahadah
Ampuni aku ini Ya Allah…
Yang telah tersilap meletakan cinta gah
Kononnya segalanya dialah...
Akhir aku tersungkur di pintu pasrah
Dengan KEKASIH ABADI yang bernama ALLAH..
……pada ketika kuserahkan cinta…..

Ya! Allah….ku pohon ampunan MU pada hari-hariku yg indah cerah ….sebelum menuju alam baruMU… Barzakh …
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my